Lesen Kelas Penyedia Aplikasi Mudahkan Pemantauan, Penguatkuasaan Lindungi Pengguna

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil melihat keperluan pelaksanaan pelesenan pesanan internet dan platform media sosial sebagai antara keutamaan dalam melindungi pengguna. Foto Facebook Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Pelaksanaan dan penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Penyedia (ASP (C)) yang mewajibkan platform media sosial mendaftar lesen masing-masing dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merupakan langkah tepat kerajaan dalam melindungi para pengguna.

Ia disifatkan sebagai langkah proaktif membantu kerajaan dalam memantau serta melindungi pengguna daripada menjadi mangsa jenayah dalam talian dengan prosedur pematuhan yang lebih berkesan.

Menurut Pakar Keselamatan Maklumat, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Nur Izura Udzir, garis panduan baharu yang diperkenalkan kerajaan ini berupaya menjadikan undang-undang sedia ada menjadi lebih berkesan untuk mencegah keadaan menjadi lebih buruk.

Pakar Keselamatan Maklumat, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Nur Izura Udzir berkata, garis panduan baharu yang diperkenalkan kerajaan ini berupaya menjadikan undang-undang sedia ada menjadi lebih berkesan untuk mencegah keadaan menjadi lebih buruk.

“Kerajaan dapat mengawal selia dan memastikan bahawa aplikasi-aplikasi yang beroperasi mematuhi peraturan keselamatan siber yang ketat selain penyedia perkhidmatan aplikasi diwajibkan untuk melaksanakan langkah-langkah keselamatan yang sesuai, termasuk enkripsi data dan pengesahan dua faktor, bagi memastikan data pengguna dilindungi daripada ancaman seperti peretasan atau penipuan dalam talian,” katanya.

Ini ditambah lagi dengan inisiatif kerajaan dalam memastikan bahawa penyedia aplikasi dalam talian berperanan aktif dalam mendidik pengguna tentang potensi risiko ketika menggunakan perkhidmatan sensitif seperti perbankan, permohonan dalam talian dan sebagainya.

Selain diwajibkan untuk menyediakan maklumat mengenai langkah-langkah keselamatan atau amaran terhadap penipuan yang mungkin berlaku, ia juga menyediakan saluran aduan yang mudah diakses untuk pengguna melaporkan kejadian jenayah dalam talian.

Pelesenan ini bukanlah menyusahkan mana-mana pihak sebaliknya ia membolehkan kerajaan untuk memantau aktiviti aplikasi dan mengenal pasti sebarang potensi penyalahgunaan atau penyebaran kandungan yang merbahaya.

Kerjasama baik antara penyedia aplikasi dan pemegang taruh termasuk pengguna diperlukan oleh kerajaan bagi mengenal pasti dan mengambil tindakan terhadap individu atau pihak yang terlibat dalam aktiviti jenayah dalam talian, seperti penipuan kewangan, eksploitasi seksual, atau penyebaran maklumat palsu.

Langkah yang berkuat kuasa mulai 1 Januari lalu memberi kerajaan menerusi MCMC platform yang lebih berkesan untuk melindungi pengguna daripada menjadi mangsa jenayah dalam talian serta memastikan ekosistem digital yang lebih selamat dan terkawal.

Ia juga selari dengan penegasan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong yang berkata, langkah berani kerajaan itu penting dalam meningkatkan keselamatan dalam talian serta memperkukuh kawal selia ke atas penyedia perkhidmatan pesanan Internet serta media sosial.

“Selepas ia diluluskan di Parlimen, platform media sosial yang mempunyai pengguna lebih lapan juta, mereka perlu daftar dengan MCMC supaya diberikan lesen. Kita harap dengan adanya lesen maka kita (kerajaan) boleh kawal.

“Contohnya, seperti apa yang berlaku kepada Linda Tan, 60, yang terpedaya dengan sindiket di Facebook. MCMC boleh mengarahkan platform itu untuk menurunkan page yang dimiliki sindiket,” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *