Lepas JPA Tegur, Harakahdaily Kantoi, Padam Perkongsian Berita Palsu

Tangkap layar aduan seorang pengguna di Facebook yang menggunakan gambar lama kaunter kerajaan mendapat perhatian JPA namun telah dipadam dipercayai kantoi memfitnah.

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menegur lidah rasmi Pas kerana menjadikan hantaran gambar lama sebagai laporan berita berkaitan isu ketiadaan kakitangan di kaunter kerajaan pada waktu bekerja.

Teguran itu dibuat oleh pengendali (admin) laman Facebook rasmi JPA yang memberi komen pada perkongsian berita berkenaan di Facebook Harakahdaily, hari ini.

“Terima kasih atas keprihatinan rakyat Malaysia. JPA berbangga dengan sikap rakyat Malaysia yang bersungguh-sungguh inginkan pembaharuan dalam perkhidmatan kerajaan.

Hantaran balas pengendali Facebook JPA yang meminta seorang pengguna tampil menunjukkan bukti bergambar terkini dakwaan yang juga dikongsi portal pemfitnah nombor satu negara, Harakahdaily. Foto Facebook JPA

“Namun begitu, mohon kerjasama untuk menggunakan gambar yang terkini dan mutakhir agar tidak merosakkan nama kementerian dan jabatan terbabit,” kata JPA.

Harakahdaily dalam laporan itu memetik seorang pengguna Facebook yang berkongsi gambar kaunter sebuah pejabat kerajaan yang tidak diperincikan lokasinya.

Portal pembangkang itu memetik komen pengguna media sosial yang memberi respon terhadap gambar kaunter perkongsian Bakar itu.

“Dah jam 9 pagi, tiada seorang pun di kaunter,” lapor Harakahdaily memetik komen berkenaan.

JPA kemudiannya menjelaskan gambar yang asalnya dimuat naik di halaman Facebook “B40 buat perangai apa hari ini” itu merupakan gambar lama pada tahun 2022 dan 2023.

Tangkap layar aduan seorang pengguna di Facebook yang menggunakan gambar lama kaunter kerajaan mendapat perhatian JPA.

JPA juga mengundang pengguna itu membuat aduan dengan gambar terkini.

“Kami sedia membantu, bukti yang kukuh diperlukan untuk tindakan,” kata JPA.

Semakan pula mendapati hantaran asal gambar berkenaan sudah pun dipadam disyaki sudah pun kantoi dengan penipuan yang portal pembangkang itu sebarkan.

Ini bukan kali pertama portal pemfitnah itu menyiarkan berita palsu dan fitnah malah tidak serik-serik disaman di mahkamah selain ‘memohon maaf’ tanpa rasa penyesalan.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *