1MDB: Mahkamah Jenayah Switzerland Sabitkan Bersalah Terhadap Dua Eksekutif

Warga Switzerland-British Patrick Mahony dan Swiss-Saudi, Tarek Obaid, membantu menubuhkan usaha sama dengan 1MDB dengan mewujudkan tanggapan bahawa syarikat mereka, PetroSaudi, disokong oleh kerajaan Saudi. Foro Arkib

BELLIZONA, 28 Ogos – Mahkamah Jenayah Persekutuan Switzerland hari ini mensabitkan kesalahan terhadap dua eksekutif di sebuah syarikat cari gali minyak yang dituduh menggelapkan lebih AS$1.8 bilion (RM7.81 bilion) daripada dana pelaburan negara Malaysia 1MDB.

Keputusan itu adalah episod terbaru dalam skandal 1MDB, kisah kompleks rasuah antarabangsa yang telah melanda banyak institusi kewangan dan individu di seluruh dunia sejak dakwaan salah laku pertama kali muncul pada 2015.

Pendakwa raya mendakwa bahawa warga Switzerland-British Patrick Mahony dan Swiss-Saudi, Tarek Obaid, membantu menubuhkan usaha sama dengan 1MDB dengan mewujudkan tanggapan bahawa syarikat mereka, PetroSaudi, disokong oleh kerajaan Saudi.

Tertuduh berjaya memujuk lembaga pengarah 1MDB untuk mendaftar ke skim itu pada 2009 sebelum meneruskan penipuan dana itu, kata pendakwa raya. – REUTERS


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *