Lembaga Disiplin Bersatu Digesa Ambil Tindakan Terhadap Hamzah, Penyokong

14 ketua bahagian Bersatu Johor mendesak Muhyiddin meletak jawatan sebagai Presiden Bersatu pada 10 Februari 2026.

MUAR, 11 Feb – Lembaga Disiplin Bersatu digesa mengambil tindakan tegas terhadap Timbalan Presiden, Hamzah Zainudin serta penyokongnya yang kerap mengeluarkan kenyataan terbuka berkaitan hilang keyakinan terhadap Presiden Muhyiddin Yassin.

Gesaan itu dibuat oleh Pengerusi Bersatu Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal susulan dakwaan 14 Ketua Bahagian Bersatu negeri itu mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin.

Dr Sahruddin berkata, kenyataan dibuat secara terbuka itu bercanggah dengan Perlembagaan parti, keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) serta disiplin organisasi.

14 ketua bahagian Bersatu Perak mendesak Muhyiddin meletak jawatan sebagai Presiden Bersatu pada 27 Disember 2025.

“Saya selaku Ketua Bersatu Johor menafikan dakwaan sesetengah ketua bahagiannya hilang keyakinan terhadap (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) sebaliknya pimpinan negeri masih berdiri teguh di belakang beliau.

“Saya ingin menegaskan bahawa dakwaan itu (hilang sokongan) adalah tidak benar, mengelirukan dan tidak mendapat sebarang mandat daripada Bersatu Johor mahupun majoriti ketua bahagian di negeri ini.

“Bersatu Johor bersama ketua bahagian selari dengan pendirian kepimpinan di beberapa negeri lain, mencapai ketetapan untuk mengemukakan satu memorandum rasmi kepada Presiden parti dan MPT untuk mendesak Lembaga Disiplin memecat Hamzah,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Terdahulu, Ketua Bersatu Tanjung Piai, Musa Khamismendakwa 14 Ketua Bahagian secara rasmi mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin berikutan kegagalan kepimpinan parti menguruskan krisis dalaman secara efektif serta penyalahgunaan prosedur disiplin terhadap pimpinan utama parti.

Dakwanya, tindakan Lembaga Disiplin terhadap Hamzah serta beberapa Ketua Bahagian dan wakil rakyat yang menyokong beliau, dilihat lebih bersifat melindungi kuasa Presiden berbanding menjaga kepentingan parti dan matlamat perjuangan Bersatu.

Katanya, keadaan itu menjejaskan imej Bersatu di mata rakyat dan menimbulkan kebimbangan serius dalam kalangan ahli akar umbi.

“Ia juga berpotensi meretakkan hubungan strategik dengan rakan-rakan parti dalam Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *