Lelaki Bakar Tiga Kanak-Kanak, Bunuh Dua Wanita Di Manitoba Dicekup

Polis Kanada di Manitoba mengesahkan penahanan suspek berusia 29 tahun susulan penemuan mangsa pada Ahad. Foto Winnipeg Free Press
MONTREAL, 12 Feb – Seorang lelaki berusia 29 tahun ditahan pada Ahad dipercayai mempunyai kaitan dengan penemuan mayat tiga kanak-kanak yang dibakar dalam kereta, dan dua mayat wanita di Manitoba, kata polis.
“Dipercayai lelaki dalam tahanan dan kelima-lima mangsa yang maut mengenali antara satu sama lain,” menurut kenyataan Polis Diraja Kanada.
Peristiwa itu berlaku pada pagi Ahad di sekitar bandar kecil Carman, di wilayah tengah Manitoba yang berpopulasi 2,800 orang.
Mayat pertama yang ditemukan adalah seorang wanita yang ditemui di tepi jalan.
Beberapa jam kemudian kenderaan yang terbakar bersama tiga kanak-kanak di dalamnya pula ditemui.
Penyiasat menemui mayat wanita kedua di sebuah rumah sejurus selepas itu, jelas kenyataan itu. – AFP
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
