‘Ledakan’ SARA RM100 Buat Pembangkang Terkedu

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tinjauan (outreach) program bantuan SARA di Pasaraya Ekonomi Rakyat di Baling pada 6 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PENDAPAT, 12 Sep – Hari demi hari, pelbagai kisah terkait pengalaman rakyat menikmati bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 dipaparkan di media sosial sama ada di Facebook, Threads, Instagram ataupun X yang menampakkan ‘penangan’ SARA kini menjadi fenomena di seluruh negara.

Sejak 31 Ogos lalu, difahamkan lebih 8.7 juta rakyat telah memanfaatkan sepenuhnya pemberian kredit RM100 SARA dengan jumlah lebih RM547 juta sekali gus menjana ekonomi domestik sama ada di Baling atau Pensiangan, tanpa kita sedari.

Bukan setakat itu, orang ramai turut berkongsi pengalaman mereka mendapatkan bekalan keperluan asas termasuk ‘memborong’ stok beras, mi segera, gula dan biskut ke­ring berbanding keperluan lain seperti ubat gigi, peralatan kebersihan dan makanan dalam tin hingga menyebabkan bekalan itu kehabisan lebih cepat di sesetengah kawasan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tinjauan (outreach) program bantuan SARA di Pasaraya Ekonomi Rakyat di Baling pada 6 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Apa sahaja daripada 14 jenis barangan keperluan itu menjadi pilihan utama untuk ditebus memandangkan ia tahan lama dan boleh menampung stok makanan bagi sesebuah keluarga untuk tempoh tertentu.

Barangan lain yang menjadi rebutan antaranya stok tepung, roti, telur, minyak masak serta rempah ratus yang memudahkan mereka merancang penggunaan di saat ‘sesak’ terutamanya pertengahan bulan, 10 hari sebelum gaji seterusnya masuk ke dalam akaun masing-masing.

Ternyata ‘penangan’ RM100 yang cuba diperlekehkan sesetengah pihak termasuk pembangkang kini mula senyap sunyi terutama selepas peningkatan sistem transaksi daripada 5,000 seminit kepada 15,000 seminit, lantas mengurangkan risiko pembatalan seperti pada hari-hari awal pelaksanaan.

Pembangkang cuba menafikan apa sahaja kebaikan yang diberi kepada rakyat hingga tergamak mencipta naratif jahat demi kepentingan politik sempit mereka.

Hampir setiap hari Kementerian Kewangan (MOF) mengemaskini status kejayaan transaksi SARA termasuk jumlah harian, mmebuktikan betapa telusnya usaha Kerajaan MADANI membantu rakyat tanpa mengira kedudukan, status atau bangsa.

Bagaimanapun apa yang dikesalkan ialah tindakan pembangkang memburuk-burukkan SARA dengan naratif jahat kononnya ini bukan wang kerajaan tetapi wang rakyat, RM100 tak besar mana, kedai bukan Melayu yang untung dan kedai Melayu rugi, sistem pembayaran menyusahkan rakyat dan sebagainya amat dikesali.

Mereka tidak sedar dengan RM100 setiap seorang itu, sekiranya isi rumah seramai enam orang, penerimaan sebanyak RM600 itu amat besar jumlahnya dan boleh ditebus sebelum 31 Disember ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tinjauan (outreach) program bantuan SARA di Pasaraya Ekonomi Rakyat di Baling pada 6 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Justifikasi pembangkang tidak berasas sebaliknya mereka cuba menafikan kebaikan kerajaan membantu rakyat menangani kos sara hidup dengan tambahan sebanyak RM2 bilion daripada jumlah RM13 bilion merangkumi SARA dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Kini, ‘tuaian’ hasil mula diraih Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan pemberian ‘Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia’ pada 23 Julai lalu yang bakal disusuli dengan penurunan harga petrol RON95 daripada RM2.05 kepada RM1.99 selitar hujung bulan ini.

Nikmat apa lagi yang mahu pembangkang dustakan?

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *