Lawatan Menteri, Timbalan Menteri Ke Luar Negara Diarah Henti Sementara – Fahmi

Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil ketika sidang media mingguan pasca mesyuarat kabinet di Putrajaya pada 9 September 2025.
PUTRAJAYA, 10 Sep – Bagi memberi tumpuan kepada persiapan Belanjawan 2026 dan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, Jemaah Menteri mengarahkan semua lawatan menteri dan timbalan menteri ke luar negara dihentikan sementara.
Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, berkata arahan berkenaan dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ia berkuat kuasa serta-merta.
Pengecualian hanya diberikan kepada mesyuarat berjadual atau perkara yang sudah dipertimbangkan secara khusus oleh Jemaah Menteri, kata Fahmi.

“Arahan ini adalah bagi memastikan semua Menteri memberi fokus kepada pelaksanaan program-program kerajaan serta persiapan Belanjawan 2026 yang akan bermula pada 10 Oktober nanti.
“Selain itu, tumpuan juga perlu diberikan kepada persiapan Sidang Kemuncak Asean ke-47. yang dijadual berlangsung hujung Oktober ini,” katanya pada Sidang Media Mingguan Kerajaan MADANI, di sini hari ini.
Menurutnya, keputusan itu telah dibincang dan dipersetujui Jemaah Menteri serta dikuatkuasakan serta-merta.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
