Lari!

Hujan lebat tanpa henti sejak Sabtu lalu menyebabkan Pulau Bali mengalami banjir besar dengan kawasan seperti Kuta, Legian dan Seminyak pada 24 Februari 2026.
DENPASAR, 26 Feb – Satu video tular di media sosial memaparkan seekor ular sawa berenang dalam air banjir ketika daerah pelancongan Pulau Dewata di Bali ditenggelami air menyebabkan situasi panik hingga mencetuskan panik, lapor laman berita Berita Satu semalam.
Hujan lebat tanpa henti sejak Sabtu lalu menyebabkan Pulau Bali mengalami banjir besar dengan kawasan seperti Kuta, Legian dan Seminyak di pantai barat daya dilaporkan ditenggelami air sedalam antara 30 hingga 70 sentimeter.

Di tengah-tengah situasi itu, kemunculan seekor ular sawa gergasi yang dirakam sedang berenang di jalanan menambahkan lagi panik dalam kalangan penduduk.
Video itu dengan pantas menjadi tular dan menjadi topik perbualan di pelbagai platform media sosial. – AGENSI
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
