Perkukuh Bahasa Melayu Tanpa Pinggir Bahasa Lain – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Huazong 2026 di Dewan Tan Sri Yeo Tiong Lay, Wisma Huazong, Serdang pada 26 Februari 2026. Foto PMO

SERDANG, 26 Feb – Usaha menyantuni serta memberi ruang kepada perkembangan bahasa lain selain Melayu bukan satu ancaman, sebaliknya memberi keuntungan kepada negara dari segi ekonomi dan daya saing global, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, langkah memperkasa bahasa lain tidak sesekali menjejaskan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Huazong 2026 di Dewan Tan Sri Yeo Tiong Lay, Wisma Huazong, Serdang pada 26 Februari 2026. Foto PMO

“Tidak ada siapa yang mengatakan negara ini bukan agama Islam sebagai agama Persekutuan. Tidak ada yang mempertikaikan kedudukan bahasa Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan.

“Semua harus mengaku hak untuk mengamalkan agama secara bebas dalam negara yang bertanggungjawab dan demokratik. Semua mesti terima kenyataan bahawa menyantuni dan memberi ruang kepada perkembangan bahasa menguntungkan, tidak merugikan,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Huazong 2026 di Dewan Tan Sri Yeo Tiong Lay, Wisma Huazong, Serdang pada 26 Februari 2026. Foto PMO

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Huazong di sini, pada Khamis.

Menurut Anwar lagi, Malaysia sebagai negara majmuk perlu melengkapkan generasi dengan penguasaan pelbagai bahasa bagi memastikan negara kekal relevan dalam landskap ekonomi antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Huazong 2026 di Dewan Tan Sri Yeo Tiong Lay, Wisma Huazong, Serdang pada 26 Februari 2026. Foto PMO

“Kita sudah puluhan tahun berbahas dan berdebat. Kita ambil keputusan untuk anak-anak kita, asalkan mereka semua terima kedudukan bahasa dan negara di Malaysia, mesti tahu sejarah, selain bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

“Bahasa Cina kini merupakan bahasa ekonomi yang penting di rantau Asia dan dunia. Di banyak universiti di Barat, bahasa Cina menjadi elektif dan bahasa pilihan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Huazong 2026 di Dewan Tan Sri Yeo Tiong Lay, Wisma Huazong, Serdang pada 26 Februari 2026. Foto PMO

“Adalah satu kerugian kalau Malaysia bukan sahaja tidak memberi ruang untuk memperkukuh penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, tetapi juga tidak mengangkat kedudukan dan mutu penguasaan bahasa Cina sama ada di sekolah, universiti atau pusat pengajian tinggi lain,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Tambun itu turut mengingatkan rakyat agar tidak terus terheret dengan isu-isu kecil termasuk perkara sensitif dan perkauman yang boleh menjejaskan tumpuan nasional.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Huazong 2026 di Dewan Tan Sri Yeo Tiong Lay, Wisma Huazong, Serdang pada 26 Februari 2026. Foto PMO

“Kembalikan fokus kita. Mahu berjaya, bukan kerana nak puaskan hati satu, dua pihak. Mahu berjaya, fokus pada isu ekonomi. Fokus kepada kepentingan rakyat.

“Saya yakin, kalau kita mula dengan pandangan dan sikap sedemikian, Malaysia punya potensi sangat baik. Kita dalam keadaan ‘future’ yang sangat baik sekarang. Apa yang perlu… bersatu, bekerja, angkat martabat negara ini menjadi negara hebat di rakyat kita,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Huazong 2026 di Dewan Tan Sri Yeo Tiong Lay, Wisma Huazong, Serdang pada 26 Februari 2026. Foto PMO

Menurutnya, Malaysia memiliki potensi besar untuk muncul sebagai negara yang lebih maju sekiranya rakyat mengutamakan perpaduan dan semangat kebersamaan.

Beliau menegaskan kekuatan negara terletak pada keupayaan rakyat berbilang kaum dan agama untuk saling menghormati, sekali gus memperkukuh kestabilan serta kemakmuran negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Huazong 2026 di Dewan Tan Sri Yeo Tiong Lay, Wisma Huazong, Serdang pada 26 Februari 2026. Foto PMO
  • Oleh YASMIN NURAIN AHMAD

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *