Lalok Di Laut, Enam Kru Warga Laos Dicekup

Anggota Maritim Malaysia melakukan pemeriksaan enam kru warga asing selepas menemukan dadah dalam vesel di Timur Laut Tanjung Kempit pada 26 Ogos 2025. Foto Maritim Malaysia

MERSING, 27 Ogos – Seramai enam kru vesel nelayan tempatan (VNT) ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Mersing kerana memiliki dan positif dadah di kedudukan 3.3 batu nautika Timur Laut Tanjung Kempit di sini semalam.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata, semua suspek ditahan pukul 10 pagi selepas menjalani ujian saringan air kencing dan mendapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Mereka merupakan warganegara Laos masing-masing berusia antara 21 hingga 52 tahun.

Seramai enam nelayan warga Laos ditahan selepas disyaki positif dan memiliki dadah ketika berada di laut Tanjung Kempit, Mersing pada 26 Ogos 2025. Foto Maritim Malaysia

“Hasil pemeriksaan lanjut juga menemukan, dua tiub plastik berwarna lutsinar berisi hablur berwarna putih disyaki dadah jenis syabu berat 0.73 gram milik salah seorang kru vesel yang ditahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, semua mereka dibawa ke Zon Maritim Mersing untuk siasatan lanjut di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Imigresen 1959/63.

Beliau menyeru masyarakat terutama komuniti maritim untuk memberikan kerjasama dengan melaporkan sebarang aktiviti jenayah dan salah laku yang berlaku di perairan menerusi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-2199404.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *