Hina Mahkamah: Papagomo Dipenjara 30 Hari

Mahkamah membuat keputusan itu setelah mendengar hujah pihak-pihak berkenaan dalam prosiding komital oleh bekas ketua polis negara, Tan Sri Razarudin Husain, terhadap Wan Muhammad Azri (kiri).

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Penulis blog, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, dijatuhi hukuman penjara selama 30 hari kerana menghina mahkamah.

Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong menjatuhkan hukuman itu di Mahkamah Tinggi, selepas mendengar hujah pihak-pihak berkenaan dalam prosiding komital oleh bekas ketua polis negara, Tan Sri Razarudin Husain, terhadap Wan Azri.

Mahkamah turut memerintahkan Wan Azri bayar RM30,000 sebagai kos kepada Razarudin.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penggantungan pelaksanaan sementara menunggu rayuan Wan Azri terhadap hukuman ini selesai.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *