Kyrgyzstan Sekat Akses TikTok Lindungi Kanak-Kanak

Kementerian Digital Kyrgyzstan menyekat akses TikTok bagi melindungi identiti dan keselamatan kanak-kanak. Foto AFP

BISHKEK, 19 Apr – Kyrgyzstan menyekat platfrom media sosial TikTok sebagai usaha untuk melindungi kanak-kanak di negaranya.

Difahamkan, pengguna di negara itu telah gagal mengakses TikTok bermula hari ini.

“Apabila wartawan AFP di Kyrgyzstan cuba mengakses TikTok pada hari ini, satu mesej berbunyi: “Tidak dapat diakses, sila cuba lagi” keluar di paparan skrin mereka,” menurut AFP.

Selasa lalu, Kementerian Digital Kyrgyzstan memaklumkan pemilik TikTok, ByteDance didapati gagal mematuhi keperluan undang-undang yang digariskan dalam melindungi perkembangan mental, fizikal, rohani dan moral kanak-kanak.

Kementerian Digital Kyrgyzstan menyekat akses TikTok bagi melindungi identiti dan keselamatan kanak-kanak. Foto AFP

Bagaimanapun, Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) menyatakan kebimbangan terhadap keputusan itu yang dikhuatiri mengancam kebebasan bersuara media. -AFP


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *