Krisis Tenaga Global: Kerajaan Tak Tolak Potong Gaji Menteri – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Surau Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya pada 17 April 2026. Foto Faisol Mustafa

CYBERJAYA, 17 Apr – Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk meneliti cadangan melakukan potongan gaji menteri kabinet sekiranya keadaan ekonomi negara menjadi lebih runcing, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun, Perdana Menteri menjelaskan, buat masa ini gaji menteri di negara ini adalah relatif rendah dan masih munasabah selagi mereka menjalankan tugas dengan baik.

Beliau berkata, soal pemotongan gaji bukan keutamaan ketika ini, sebaliknya prestasi kerja anggota pentadbiran menjadi perkara utama yang perlu diberi perhatian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Surau Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya pada 17 April 2026. Foto Faisol Mustafa

“Gaji kita relatif memang rendah gaji-gaji menteri. Yang penting mereka bekerja dengan baik.

“Macam saya, saya tidak ada masalah, saya tidak ambil gaji, tetapi gaji itu hak mereka selagi mereka bekerja dengan baik, saya fikir munasabah,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan Solat Jumaat di Surau Bomba Cyberjaya, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan meneliti langkah pemotongan gaji menteri seperti yang dilaksanakan di Indonesia.

Bagaimanapun, Anwar tidak menolak kemungkinan perkara itu akan dipertimbangkan sekiranya keadaan ekonomi negara bertambah mencabar pada masa hadapan.

Untuk rekod, gaji menteri dipotong 20 peratus seperti pengumuman Belanjawan 2026 pada 10 Oktober tahun lalu.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *