Krisis Tenaga Global: Guna Ilmu Bahas Kenaikan Harga Minyak – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis Sesi Ramah Mesra bersama Warga dan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, Kuala Kangsar pada 4 April 2026. Foto PMO

KUALA KANGSAR, 4 Apr – Kerajaan sedaya upaya mengekalkan harga minyak RON95 bersubsidi pada RM1.99 seliter yang pada masa ini masih paling rendah di dunia ketika krisis di Asia Barat terus memberi kesan global kepada harga bahan bakar, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sambil menegur pimpinan parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang supaya berbahas mengenai perkara itu berdasarkan ilmu, Perdana Menteri berkata pada masa sama, kerajaan juga menanggung subsidi mencecah RM6 bilion sebulan bagi diesel dalam sektor tertentu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis Sesi Ramah Mesra bersama Warga dan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, Kuala Kangsar pada 4 April 2026. Foto PMO

“(Bagaimanapun) dikritik saya dan kerajaan padahal seupaya ikhtiar kita (harga) RON95 itu antara paling rendah di dunia. Dalam keadaan gawat kita turunkan (kuota) daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan, itu pun dikecam.

“Untuk diesel kenaikan harganya memang memberi kesan kepada rakyat tetapi untuk petani, nelayan, pengangkutan awam semua itu diberikan subsidi yang jumlah RM6 bilion sebulan. Bayangkan 10 bulan sudah RM60 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis Sesi Ramah Mesra bersama Warga dan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, Kuala Kangsar pada 4 April 2026. Foto PMO

“Nak cukai orang susah, orang marah (tetapi) tiada cukai wang (negara) tiada. Jadi inilah masa untuk kita bincang cara baik, parti kerajaan, parti pembangkang, jangan bebal tak tentu arah, nak jadi pemimpin masyarakat, nak utarakan komen harus berdasarkan ilmu,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap sewaktu majlis Sesi Ramah Mesra beliau bersama Warga dan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis Sesi Ramah Mesra bersama Warga dan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, Kuala Kangsar pada 4 April 2026. Foto PMO

Hadir sama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid; dan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Datuk Khairudin Abu Hanipah yang mewakili Menteri Besar Perak.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut meminta semua pihak merenungi situasi bekalan minyak di beberapa negara termasuk sebilangan negara ASEAN susulan impak krisis tenaga dunia berikutan konflik Asia Barat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis Sesi Ramah Mesra bersama Warga dan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, Kuala Kangsar pada 4 April 2026. Foto PMO

“Minyak kita (RON95) RM1.99 seliter. Singapura RM10 dan di sebuah negara dalam ASEAN, 400 stesen minyak ditutup. Renungkan perkara ini kerana kita tidak terkecuali daripada permasalahan ini.

“Sebab itu saya bagi arahan termasuk batalkan semua lawatan menteri ke luar negara kerana kos pengangkutan sudah tinggi,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis Sesi Ramah Mesra bersama Warga dan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, Kuala Kangsar pada 4 April 2026. Foto PMO

Anwar dalam pada itu menjelaskan mengenai lawatan khas beliau ke Istana Merdeka, Jakarta, Indonesia bagi mengadakan pertemuan dengan Presiden Prabowo Subianto pada 27 Mac lalu.

Menurut Anwar, lawatan berkenaan diadakan atas alasan tertentu yang disifatkan mustahak demi urusan keselamatan negara yang berlangsung sekitar tiga jam sebelum beliau bergegas pulang ke Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis Sesi Ramah Mesra bersama Warga dan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, Kuala Kangsar pada 4 April 2026. Foto PMO

“Nanti ditanya pula mengapa Perdana Menteri ke Jakarta? Ada alasan dia, saya pergi (presiden) pun tiga jam, naik pesawat sampai di lapangan terbang Jakarta lalu terus ke rumah istana Presiden Prabowo berbincang selama dua jam kemudian dia naik kereta hantar saya ke lapangan terbang untuk saya terus balik.

“Saya bukan orang muda tetapi saya lakukan ini kerana saya anggap ia tanggubgjawab kepada negara,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis Sesi Ramah Mesra bersama Warga dan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, Kuala Kangsar pada 4 April 2026. Foto PMO

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *