Krisis Iran-Israel: Trump Minta Tempoh Dua Minggu Untuk Serang Iran

Imej satelit menunjukkan kawasan pesawat Amerika di Qatar kosong dipercayai sedang melakukan persediaan menyerang Iran.

WASHINGTON, 20 Jun – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menetapkan tempoh tambahan dua minggu untuk usaha diplomatik sebelum membuat keputusan sama ada akan melancarkan serangan tentera terhadap Iran.

Menurut kenyataan Jurucakap Rumah Putih, Karoline Leavitt, langkah itu diambil berikutan kemungkinan wujud ruang rundingan dengan Tehran berhubung ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.

“Presiden sedar terdapat peluang yang ketara untuk rundingan bersama Iran dalam masa terdekat.

“Oleh itu, beliau akan menangguhkan sebarang keputusan mengenai tindakan ketenteraan untuk tempoh dua minggu akan datang,” katanya dalam satu sidang media.

Trump sebelum ini memaklumkan, pihak Iran telah menyatakan hasrat untuk berbincang mengenai program nuklear dan penyelesaian konflik dengan Israel, satu dakwaan yang kemudian dinafikan oleh Iran.

Leavitt mengesahkan bahawa komunikasi antara kedua-dua negara masih berterusan, termasuk menerusi Utusan Khas Trump, Steve Witkoff.

Bagaimanapun laporan terkini menyebut pesawat Amerika berpangkalan di Qatar telah berlepas ke destinasi tidak diketahui, dipercayai sebagai persediaan untuk melakukan serangan balas dari pangkalan lebih dekat dengan Iran.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *