Krisis Bersatu: Pengasas Bersama Tolak Lantikan Ahli Lembaga Rayuan

Mohd Redzuan menolak pelantikan sebagai ahli kerana mahu bersikap berkecuali memandangkan beliau dianggap penyokong kuat Presiden Muhyiddin Yassin.

KUALA LUMPUR, 5 Nov – Krisis melanda Bersatu yang semakin rumit menerima tamparan hebat hari ini apabila ahli Lembaga Rayuan merangkap pengasas bersama parti itu, Mohd Redzuan Yusof menolak pelantikannya malam tadi kerana mahu bersikap berkecuali memandangkan beliau dianggap penyokong kuat presiden parti, Muhyiddin Yassin.

Bercakap kepada FMT, bekas Ahli Parlimen Alor Gajah itu berkata beliau enggan membebankan parti dan kepimpinan dengan sebarang persepsi atau kritikan.

“Saya dianggap penyokong kuat Muhyiddin dan kalau saya berada dalam Lembaga Rayuan, soal berkecuali mungkin kurang jelas.

Kemelut politik tidak pernah reda menandakan Muhyiddin Yassin tidak lagi mampu menerajui BERSATU bukan sahaja PRU 16 malah PRUN DUN Sabah.

“Kalau boleh biarlah ahli Lembaga Rayuan bukan daripada kalangan yang mempunyai hubungan rapat dengan kepimpinan. Jadi seeloknya saya tidak menerima pelantikan itu,” katanya.

Bekas menteri persekutuan sebelum khianat kepada mandat rakyat itu turut mengesahkan beliau telah menghantar surat penolakan jawatan itu kepada Muhyiddin.

Semalam, Setiausaha Agung Bersatu, Azmin Ali mengumumkan Redzuan antara ahli Lembaga Rayuan parti yang diketuai bekas speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun.

Pemecatan Wan Saiful (kanan) dan penggantungan Wan Ahmad Fayhsal daripada Bersatu menyebabkan PN termasuk Pas sukar merampas walau satu pun kerusi pada PRU DUN Sabah tidak lama lagi.

Ahli lain terdiri daripada bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin; bekas menteri pembangunan luar bandar, Abdul Latiff Ahmad dan Fahimee Ismail.

Minggu lalu, media melaporkan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang kini digantung keahlian selama satu penggal, mempersoalkan kelewatan pelantikan ahli Lembaga Rayuan tersebut.

Beliau mendakwa beberapa kes pemecatan dan penggantungan ahli terbiar tanpa penyelesaian akibat kelewatan itu.

Muhyiddin secara sedar atau pun tidak memerlukan sokongan Pas lebih daripada Pas memerlukan sokongannya untuk menjadi perdana menteri tetapi sikap Pas seolah-olah sudah mula meminggirkannya sedikit demi sedikit. Foto Juani Fadhli

Menurut Wan Ahmad Fayhsal, ahli yang terkesan akan terus berada dalam ketidakpastian selagi kuorum tiga orang ahli lembaga belum dipenuhi.

Pada 15 Okt lalu, Lembaga Disiplin Bersatu mengumumkan penggantungan keahlian Wan Ahmad Fayhsal dan pemecatan Wan Saiful Wan Jan atas kesalahan melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan parti serta Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli.

Empat lagi ahli turut dipecat iaitu Mohd Azrudin Md Idris (Bahagian Hang Tuah Jaya), Mohd Faizal Asmar (Pengerang), Mohd Fadhli Ismail (Ipoh Timur) dan Mohd Isa Mohd Saidi (Ampang).


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *