Bursa Malaysia Ditutup Sedikit Rendah Susulan Prestasi Lesu Serantau

Prestasi Bursa Malaysia menjejaki situasi serantau seperti Nikkei 225 dan Hang Seng di Hong Kong pada 5 November 2025 dan juga di Wall Street pada 1 Disember 2025.
KUALA LUMPUR, 5 Nov – Bursa Malaysia menutup dagangan hari ini dengan nota sedikit rendah apabila turun 1.95 mata kepada 1,621.55 pada sesi penutup jam 5 petang hari ini ketimbang 1,623.50 pada penutup Selasa.
Indeks penanda aras dibuka rendah 1,622.24 setelah meningkat lebih 13 mata berbanding penutup Isnin.
Jumlah dagangan sebanyak 4.768 bilion unit dengan nilai sebanyak RM2.69 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 752 berbanding 427 dengan 576 kaunter tidak berubah dan 887 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun menurun 1,284.93 atau 2.50 peratus kepada 50,212.27 pada sesi penutup hari ini.
Indeks Hang Seng di Hong Kong pula menyusut 16.99 mata kepada 25,935.41.
Selain itu, indeks STI Singapura susut 0.19 peratus kepada 4,414.13 dan indeks Kospi Korea Selatan turun sebanyak 2.85 peratus kepada 4,004.42.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
