Korban Kekejaman Zionis Israel Meningkat Kepada 40,476 Orang

Pengganas Israel menceroboh hampir semua kawasan di Gaza setelah melancarkan roket ke penempatan penduduk Palestin sejak 7 Oktober tahun lalu. Foto Reuters

GAZA, 27 Ogos – Pasukan pendudukan Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam yang lepas, mengakibatkan 41 rakyat Palestin terkorban dan mencederakan 113 yang lain, menurut sumber perubatan.

Mereka mengesahkan jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Oktober meningkat kepada 40,476 kematian yang dilaporkan, dengan tambahan 93,647 individu mengalami kecederaan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Majoriti mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.

Menurut sumber yang sama, perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat menjangkau ramai mangsa dan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau bergelimpangan di jalan raya di seluruh kawasan konflik kerana pasukan tentera Israel terus menghalang pergerakan ambulans dan kru pertahanan awam.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *