Konvensyen PH 2026: Ribuan Ahli ‘Serbu’ Johor Bahru, Hotel Habis Ditempah

Para penyokong Pakatan Harapan (PH) memenuhi ruang di sebuah medan selera sekitar Johor Bahru pada 16 Mei 2026 sempena Konvensyen PH 2026. Foto Izmir

JOHOR BAHRU, 16 Mei – Bandaraya Johor Bahru malam ini meriah dengan kehadiran ribuan penyokong Pakatan Harapan (PH) yang tiba secara berperingkat sejak tengah hari tadi.

Seakan ‘menjawab’ pengumuman daripada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Onn Hafiz Ghazi petang tadi bahawa BN Johor akan bergerak solo, kelihatan begitu ramai anggota parti dari KEADILAN, AMANAH dan DAP mula mendaftar masuk hotel dan menjamu selera di restoran sekitar Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.

Malah difahamkan, hotel-hotel sekitar pusat konvensyen di sini telah habis ditempah, menandakan isyarat paluan gendang disahut penyokong PH dari Perlis hinggalah Sabah.

Para penyokong Pakatan Harapan (PH) memenuhi ruang di sebuah medan selera sekitar Johor Bahru pada 16 Mei 2026 sempena Konvensyen PH 2026. Foto Izmir

Beberapa pemimpin dari AMANAH kelihatan berada di luar hotel bersama para penyokong mereka dari utara dan pantai timur, menandakan kesediaan mereka memenuhi segenap ruang pusat konvensyen yang akan bermula jam 8.00 pagi esok.

Antara inti pati utama pada konvensyen tahun ini ialah usaha memperkukuh kestabilan politik serta melaksanakan agenda reformasi dan bantuan rakyat.

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, fokus utama konvensyen kali ini adalah memastikan kesinambungan kestabilan politik di peringkat Persekutuan, selain memperkukuh kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

Segala persiapan telah diatur bagi menyambut kehadiran lebih 5,000 penyokong Pakatan Harapan (PH) sempena Konvensyen PH 2026 di Johor Bahru pada 17 Mei 2026.

“Banyak yang masih perlu kita laksanakan, dan ketika ini negara berdepan cabaran termasuk krisis bekalan global. Oleh itu, kestabilan politik di peringkat Persekutuan amat penting,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas lawatan tapak serta sidang media persiapan akhir konvensyen di sini, hari ini.

Menurut beliau, kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan akan terus diperkukuh berdasarkan persefahaman yang telah dimeterai ketika penubuhan kerajaan Persekutuan sebelum ini.

Konvensyen itu dijangka menjadi platform penting dalam memperincikan hala tuju dasar serta memperkukuh kesepakatan antara parti komponen bagi menghadapi cabaran ekonomi dan keperluan rakyat pada masa hadapan.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *