Konflik Asia Barat: PM Anwar Arah Sesi Libat Urus Dengan Industri – Fahmi

PUTRAJAYA, 13 Mac – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua kementerian supaya melakukan sesi libat urus bersama industri di bawah kementerian masing-masing susulan krisis geopolitik dan peperangan di Asia Barat.

Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil berkata, arahan itu dimaklumkan Perdana Menteri pada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri, di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, setiap menteri diarahkan mendapatkan maklum balas, pandangan, dapatan dan yang mungkin dirasai oleh industri tersebut akibat daripada pergolakan dan konflik berkenaan.

“Hasil daripada sesi-sesi libat urus itu akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri pada Selasa ini.

“Wakil-wakil industri juga akan dijemput melakukan pembentangan bagi pihak industri masing-masing pada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang akan datang,” katanya.

Turut hadir pada sidang media berkenaan, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *