Kompleks APMM Semporna Jadi Benteng Hadapan ESS Zone

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hadir ke Majlis Penyerahan Kompleks Separa Projek Siap Zon Maritim Semporna Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada 2 November 2025. Foto Saifuddin Nasution Ismail

SEMPORNA, 3 Nov – Sabah terus menjadi keutamaan kerajaan dalam aspek keselamatan menerusi pembinaan Kompleks Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini bernilai RM65.28 juta yang menjadi benteng hadapan kawalan maritim bagi perairan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kompleks terletak di Batu 1, Jalan Bubul, Tampi-Tampi itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk bangunan pentadbiran utama, bangunan sokongan dan logistik, jeti operasi dan marina untuk kapal serta bot agensi itu.

“Kompleks ini juga dilengkapi helipad bagi operasi udara, padang kawad, gelanggang sukan serta kuarters perumahan anggota.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hadir ke Majlis Penyerahan Kompleks Separa Projek Siap Zon Maritim Semporna Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada 2 November 2025. Foto Saifuddin Nasution Ismail

“Kemudahan moden yang disediakan diyakini mampu memperkukuh keselamatan perairan Sabah, khususnya di pantai timur yang sering berdepan ancaman penyeludupan, kemasukan pendatang tanpa izin serta jenayah rentas sempadan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan projek kompleks berkenaan di sini pada Ahad.

Saifuddin Nasution berkata dengan adanya kompleks itu, pasukan APMM mampu bertindak lebih pantas dan efisien terhadap sebarang insiden keselamatan maritim sekali gus meningkatkan kehadiran aset serta moral anggota di lapangan.

“Kompleks ini akan menjadi pusat operasi dan rondaan utama Zon Maritim Semporna selain berfungsi sebagai had koordinasi keselamatan dan latihan bersama Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM),” katanya.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hadir ke Majlis Penyerahan Kompleks Separa Projek Siap Zon Maritim Semporna Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada 2 November 2025. Foto Saifuddin Nasution Ismail

Projek pembinaan kompleks itu dimulakan pada 30 Januari 2020 dan komponen bangunan daratan berjaya disiapkan lebih awal pada 29 September lepas, manakala pembinaan jambatan sepanjang 165 meter dan jeti head sepanjang 100 meter sedang giat disiapkan mengikut jadual ditetapkan pada Julai 2026.

Sementara itu, Saifuddin Nasution berkata Malaysia menerima sebuah bot pemberian Pengawal Pantai Amerika Syarikat, yang kini dalam pelayaran sebelum dijangka tiba pada 5 November ini di Klang, Selangor.

Bot terbabit katanya akan ditempatkan di Sabah selepas mengambil kira soal kepentingan keselamatan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hadir ke Majlis Penyerahan Kompleks Separa Projek Siap Zon Maritim Semporna Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada 2 November 2025. Foto Saifuddin Nasution Ismail

Beliau berkata selain Sabah, kerajaan turut berusaha memperkukuh keselamatan perairan negara melalui pembinaan serta naik taraf fasiliti agensi penguat kuasa termasuk pembinaan Kompleks APMM di Kelantan serta Wilayah Persekutuan Labuan.

“Kita juga menambah aset termasuk empat helikopter yang menunggu jadual penghantaran, di samping sebuah kapal mothership yang sedang dalam pembinaan di Turkiye,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *