Komitmen Vijay Buka Lembaran Baharu Hubungan Tamil Nadu-Malaysia

Komitmen Ketua Menteri Tamil Nadu, Vijay untuk memperkukuh hubungan dengan Malaysia di bawah teraju Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, disifatkan membuka lembaran baharu dalam menjalin kerjasama pelbagai bidang demi manfaat bersama. Foto Janaan AI
HYDERABAD, 13 Mei – Komitmen Ketua Menteri Tamil Nadu, Vijay, untuk memperkukuh hubungan dengan Malaysia disifatkan membuka lembaran baharu dalam menjalin serta meneroka kerjasama pelbagai bidang demi manfaat bersama.
Menerusi hantaran di platform X, superstar popular filem Tamil berusia 51 tahun yang kini menjadi ahli politik itu berkata, beliau amat berbesar hati menerima ucapan tahniah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin.
“Terima kasih atas ucapan yang penuh bermakna itu. Saya komited untuk memperkukuh kerjasama dan meningkatkan hubungan persahabatan antara Tamil Nadu dan Malaysia,” katanya.

Dengan pelbagai sektor ekonomi strategik seperti perindustrian, pelancongan dan kebudayaan, hubungan berkenaan dijangka membawa dimensi baharu terhadap perspektif dan kehebatan beliau di layar perak yang akan diterjemahkan ke dalam realiti politik sebenar.
Terdahulu, Vijay mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri negeri selatan India itu pada Ahad selepas parti pimpinannya, Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK) memenangi pilihan raya Dewan Undangan Negeri yang berlangsung pada April lalu.
Terdahulu, Anwar mengucapkan tahniah kepada Vijay dan memuji pencapaiannya dalam pilihan raya tersebut yang disifatkan sebagai tanggungjawab besar selepas sekian lama dikenali menerusi watak menentang rasuah dan penjahat dalam filem lakonannya.
“Saya mengucapkan tahniah kepada sahabat saya Vijay atas pelantikannya sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu,” kata Anwar menerusi hantaran di X.
“Oru Viral Puratchi” — “revolusi satu jari” — kini berada di ambang mencipta sejarah.
“Malaysia dan Tamil Nadu berkongsi hubungan sejarah, budaya dan hubungan rakyat yang mendalam merentasi generasi,” ujar Anwar.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
