Kibar Bendera Isr*el: Polis Kelantan Buka Kertas Siasatan

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, sebarang lambang kebangsaan tanpa kelulusan seperti bendera Israel menjadi satu kesalahan.

KOTA BHARU, 12 Okt – Tindakan sebuah bot mengibarkan bendera Israel semasa program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan Untuk Gaza pada Jumaat lalu di Sungai Kelantan, walaupun sekadar gimik lakonan semula kekejaman rejim Zionis terhadap misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), membawa padah apabila pihak berkuasa membuka kertas siasatan berhubung insiden berkenaan.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, sebarang lambang kebangsaan tanpa kelulusan seperti bendera Israel menjadi satu kesalahan.

“Kita akan siasat kes ini mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949,” katanya.

Kebodohan penganjur amat ketara kerana memberi ‘penjelasan’ kononnya pengibaran bendera Israel hanya sebuah ‘lakonan’.

Mengulas lanjut, Mohd. Yusoff memberitahu, pihaknya menasihatkan mana-mana pertubuhan yang mahu membuat persembahan berkaitkan kekejaman tentera Zionis supaya tidak mengibarkan bendera Israel dalam apa jua bentuk protes meskipun dengan niat mengecam kekejaman rejim berkenaan.

Beliau menambah, ia bagi mengelakkan salah anggap sekali gus mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat kerana isu tersebut sangat sensitif.

Apa sahaja alasan pihak penganjur tidak mewajarkan sebarang bentuk pempameran simbol atau lambang asing lebih-lebih lagi bendera sebuah negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia terutamanya Israel.

“Pandangan saya cukuplah sekadar tulis dengan perkataan sahaja. Sebagai contoh ‘Kapal Israel, tidak perlu kibarkan bendera.

Rayer mempersoalkan sama ada sikap membisu dan berdiam diri itu disebabkan kejadian tersebut berlaku di Kelantan.

“Bagi saya itu sudah cukup,” tegasnya.

Terdahulu media melaporkan warganet merasa kurang senang dengan perbuatan berkenaan malah ahli parlimen Jelutong, RSN Rayer mempersoalkan sikap membisu pemimpin Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhubung insiden terbabit.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *