Kes Zara: Segala Usaha Diambil Dapatkan Keadilan – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika tahun 1994 sebagai Timbalan Perdana Menteri pernah hadir di Sekolah Menengah Yu Yuan, Sandakan pada 15 Februari 1994. Foto Facebook Chew Kok Woh

SANDAKAN, 26 Sep – Kerajaan telah mengambil segala usaha untuk mendapatkan keadilan bagi kes kematian arwah Zara Qairina Mahathir, jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini termasuk mengadakan inkues kematian serta melaksanakan segala prosedur undang-undang berkaitan bagi mencari keadilan bagi keluarga dan rakyat walaupun mungkin mengambil masa.

Perdana Menteri turut menasihati rakyat agar menyerahkan kes berkenaan sepenuhnya kepada undang-undang, dan bukan menjatuhkan hukuman terlalu awal terhadap mereka yang berkait kes itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Himpunan dan Temu Rapat Umum Sempena 27 Tahun Reformasi KEADILAN di Dewan Yu Yuan, Sandakan, pada 26 September 2025. Foto Bernama

Katanya, beliau memahami perasaan, terutama rakyat Sabah yang bangkit berikutan wujud masalah serta kelemahan dalam siasatan awal kes berkenaan.

“Tiada sebab kita mahu marah orang sebab bangkit kerana ada masalah, kelemahannya… tetapi kita (kerajaan) sudah buat maksimum, bawa polis daripada ketua, CID (pegawai penyiasat) datang ambil alih (kes), buat inkues.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Himpunan dan Temu Rapat Umum Sempena 27 Tahun Reformasi KEADILAN di Dewan Yu Yuan, Sandakan, pada 26 September 2025. Foto Bernama

“Tapi janganlah hukum dulu. Belum ada (keputusan). Biar ikut peraturan. Ini negara hukum… ‘rule of law’, bukan ‘law of the jungle’ (undang-undang rimba)… masing-masing boleh buat tuduhan orang ini korup, orang ini salah, orang ini bunuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Himpunan dan Temu Rapat Umum Sempena 27 Tahun Reformasi KEADILAN, di sini, malam tadi.

Anwar yang juga Presiden KEADILAN berkata, beliau memahami kebangkitan rakyat Sabah kerana mahu negeri ini diuruskan serta ditadbir dengan baik oleh kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Himpunan dan Temu Rapat Umum Sempena 27 Tahun Reformasi KEADILAN di Dewan Yu Yuan, Sandakan, pada 26 September 2025. Foto Bernama

Sebagai Perdana Menteri, katanya, beliau tidak akan membiarkan sesiapa saja yang didapati bersalah terlepas daripada menerima hukuman biarpun mempunyai gelaran.

“Apa untung saya mahu lindung siapa-siapa? Satu anak kita mati… ini (tuduh) PMX pun tak guna.

“Dalam mesyuarat Kabinet, bukan saya satu orang, semua ada… Datuk Zahid (Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), Anthony Loke (Menteri Pengangkutan)… semua sependapat, siasat sepenuhnya (kes terlebih dahulu), jangan hukum dulu (ini)… anak siapa, cucu siapa, saudara siapa?” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *