Kes Zara: Pegawai Penyiasat Kes Tidak Patuhi SOP – Pengarah JSJ Bukit Aman

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk M Kumar ketika sidang media khas di Bukit Aman pada 13 Ogos 2025. Foto Harian Metro
KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Pegawai penyiasat yang mengendalikan kes Zara Qairina didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam siasatan membabitkan pelajar itu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk M Kumar berkata, pasukan Task Force bermula pada 11 Ogos lalu dan hasil penemuan awal mendapati terdapat ketidakpatuhan kepada prosedur siasatan di mana pegawai penyiasat tidak membuat permohonan untuk proses bedah siasat.
Sehubungan itu, beliau berkata tindakan tegas akan diambil kepada pegawai penyiasat dan penyelia kerana tiada penyeliaan.
“Walau bagaimanapun, saya juga perlu mendedahkan bahawa terdapat persetujuan atau permohonan daripada ibu mangsa memohon supaya bedah siasat tidak dibuat.
“Persetujuan ini direkodkan dengan tandatangan ibu mangsa, doktor, patalogi dan pegawai penyiasat dalam satu dokumen ‘Surat Akuan Enggan Bedah Siasat Mayat Atas Kemahuan Sendiri’ yang dikeluarkan pihak hospital,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, di sini hari ini.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

