Kes Zara: Maklumat Pakar Bedah Palsu Di TikTok Sedang Diperoleh – Fahmi

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, siasatan kini sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkaitan isu pakar bedah palsu yang tular di TikTok. Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Maklumat berhubung pakar bedah palsu yang tular di sebuah platform media sosial TikTok mengaitkan dirinya dalam proses bedah siasat Zara Qairina Mahathir, sedang dalam siasatan pihak berkuasa.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, siasatan kini sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Kami sedang menunggu daripada pihak TikTok untuk membantu siasatan.

“Saya serahkan kepada pihak PDRM dan MCMC untuk mendapatkan maklumat itu dan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang,” katanya.

Baru-baru ini tular perkongsian seorang individu yang menceritakan penglibatan dalam proses bedah siasat jenazah Zara Qairina.

Terdahulu, Fahmi berkata, semakan dengan Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati individu berkenaan bukanlah pakar bedah atau pegawai forensik dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan KKM.

Timbalan Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar menziarahi ibu allahyarham Zara Qairina selepas proses bedah siasat dijalankan baru-baru ini. Foto Facebook Nurul Izzah Anwar

“(Bagaimanapun) kenyataan palsu itu telah tersebar luas sehingga menimbulkan tanggapan seolah-olah benar.

“Perkara itu telah disahkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan KKM selepas merujuk kepada Ketua Pasukan Patologi Forensik,” katanya pada Sabtu.

Sehingga maklumat ini ditulis, wakil TikTok belum mengemukakan sebarang maklumat lanjut berhubung permintaan pihak berkuasa Malaysia.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *