Kes SRC – Mahkamah Tolak Permohonan Najib Lagi

Peguam yang tidak dapat diupah oleh Najib, Jonathan Laidlaw

KUALA LUMPUR, 21 Jul – Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan peguam berpangkalan di United Kingdom (UK) Jonathan Laidlaw untuk diterima masuk ke mahkamah di sini untuk mewakili bekas Presiden Umno, Najib Razak dalam rayuan kes SRC International.

Hakim Ahmad Kamal Md Shahid memutuskan Laidlaw – yang juga Peguam Diraja (Queen Counsel) tidak memenuhi syarat untuk kemasukan secara ‘ad-hoc’ di bawah Akta Profesion Undang-undang.


Laidlaw dihubungi Najib untuk mewakilinya dalam rayuan terakhir SRC International, dijadual didengar rayuannya oleh Mahkamah Persekutuan selama 10 hari, bermula 15 Ogos.

Ia dilihat satu tamparan hebat kepada Najib yang seolah-olah mahu mengheret perbicaraan berkenaan hingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *