Kes 1MDB – Tarikh Jatuh Hukum Ke Atas Leissner Ditangguh Februari

Tim Leissner, former chairman of Southeast Asia for Goldman Sachs Group Inc., center, departs from federal court in the Brooklyn borough of New York, U.S., on Tuesday, Feb. 15, 2022. Ng is accused of conspiring to violate U.S. anti-money-laundering law in a scheme to loot billions from the Malaysian fund known as 1MDB. Photographer: Stephanie Keith/Bloomberg
NEW YORK, 7 Jul – Pelaksanaan hukuman ke atas bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner atas peranannya dalam skandal rasuah 1MDB telah ditangguhkan sehingga tahun depan.
Hukuman ke atas Leissner, yang mengaku bersalah atas tuduhan terbabit pada 2018 dan memberi keterangan terhadap bekas rakan sekerjanya, Roger Ng, pada asalnya dijadual dijatuhkan pada Rabu, tetapi hakim daerah Amerika Syarikat Margo Brodie di Brooklyn, New York, menangguhkannya ke 15 Feb tanpa penjelasan.
Tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram terhadap Leissner membawa hukuman maksimum penjara berdekad-dekad. Bagaimanapun, tempoh penjara bagi bekas pengerusi Asia Tenggara Goldman itu berkemungkinan akan dikurangkan kerana beliau bekerjasama dengan pendakwa raya.
Beliau memberi keterangan selama lebih seminggu pada perbicaraan Ng, mengenai perjanjian 1MDB dan komplot mereka dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, untuk menyeleweng dana 1MDB.
Peguam Leissner, Henry Mazurek, enggan memberikan komen pada Rabu.
Ng, satu-satunya pegawai bank Goldman yang dibicarakan berhubung skandal global 1MDB, didapati bersalah pada April oleh juri persekutuan selepas dua bulan dibicarakan. Minggu lepas, Brodie menetapkan hukuman akan dijatuhkan ke atas Ng pada 9 Nov.

Sejak ditahan oleh pihak berkuasa AS pada Jun 2018, Leissner telah dibebaskan dengan jaminan USD20 juta.
Brodie bulan lepas membenarkan permintaan Leissner untuk mengubah suai jaminannya, membenarkannya berpindah ke Texas untuk pekerjaan baharu.
