Boris Johnson Enggan Letak Jawatan, Lawan Tetap Lawan!

ONE EDITORIAL USE ONLY. NO SALES. NO ARCHIVING. NO ALTERING OR MANIPULATING. NO USE ON SOCIAL MEDIA UNLESS AGREED BY HOC PHOTOGRAPHY SERVICE. MANDATORY CREDIT: UK Parliament/Jessica Taylor Handout photo issued by UK Parliament showing Prime Minister Boris Johnson during Prime Minister's Questions at the House of Commons, London. Issue date: Wednesday September 8, 2021. PA Photo. See PA story POLITICS PMQs. Photo credit should read: UK Parliament/Jessica Taylor/PA Wire NOTE TO EDITORS: This handout photo may only be used in for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the picture may require further permission from the copyright holder.
LONDON, 7 Jul – Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, yang enggan meletak jawatan meskipun berdepan tekanan daripada menteri kanan dan pimpinan parti Konservatif, sebaliknya menegaskan akan melawan sebarang usaha menjatuhkannya.
Menurut sumber, beberapa menteri Kabinet bertemu Johnson di Downing Street untuk memintanya berundur, selepas lebih 40 peletakan jawatan dari dalam kerajaan dan ramai Ahli Parlimen Konservatif memberontak secara terbuka.
Seorang daripada menteri memintanya berundur secara bermaruah dengan menetapkan sendiri tempohnya meletak jawatan itu berbanding berdepan undi tidak percaya, dengan ramai Ahli Parlimen yakin kini hanya masa menentukan bila beliau akan berundur.
Malam tadi, peguam negara England dan Wales, Suella Braverman, turut menggesa Johnson meletak jawatan dan menjadi anggota Kabinet pertama memaklumkan akan bertanding untuk menggantikannya dalam sebarang pemilihan kepimpinan dalam parti Konservatif.

“Saya percaya tiba masa Perdana Menteri berundur. Jika ada pemilihan, saya akan mencalonkan diri,” katanya kepada ITV, dan memaklumkan tidak akan melepaskan jawatannya.
Johnson dikritik pelbagai pihak berhubung integritinya selepas beliau terpaksa memohon maaf kerana melantik Ahli Parlimen memegang jawatan membabitkan isu agama tanpa menyedari bahawa lelaki itu terpalit dengan dakwaan salah laku seksual.
Pelantikan itu adalah krisis terbaru dalam pentadbirannya selepas dibelenggu skandal dan kesilapan selama beberapa bulan, termasuk laporan mengenai parti di kediaman dan pejabatnya di Downing Street, yang melanggar perintah berkurung COVID-19 sehingga menyebabkan beliau didenda oleh polis.
Meskipun berdepan tekanan melepaskan jawatan, seorang Ahli Parlimen Konservatif yang juga pegawai rapat Perdana Menteri Britain itu, James Duddridge, memberitahu Sky News bahawa Johnson ‘sedia untuk melawan’ selepas bertemu dengan anggota kanan Kabinet.
Duddridge menegaskan, Johnson dan Menteri Kewangan baharu, Nadhim Zahawi, akan merangka pelan baharu untuk ekonomi minggu depan, yang akan merangkumi pemotongan cukai.
Sebelum ini, Johnson memecat menteri kanan, Michael Gove, yang didakwa meminta beliau meletak jawatan manakala semalam, Setiausaha Negara Wales, Simon Hart pula meletakkan jawatan.
Namun, krisis kepimpinan negara itu dijangka berubah selepas Jawatankuasa 1922 yang menetapkan peraturan parti Konservatif di Parlimen, mengadakan pemilihan eksekutif dan meminda peraturan bagi membolehkan undi tidak percaya kedua dilaksanakan terhadap Johnson.
– REUTERS
