Kerajaan Tidak Teragak-Agak Pinda, Tambah Undang-Undang Tangani Hasutan Perkauman – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bersama-sama lebih 7,000 orang pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024 sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Jumaat. Foto Facebook Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA, 30 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan tidak teragak-agak untuk meminda dan menambah peruntukan undang-undang bagi menangani isu hasutan perkauman.

Perdana Menteri berkata adalah menjadi tugas kerajaan untuk menyelamatkan negara daripada hasutan kelompok kecil yang cuba mencetuskan keganasan, kebencian dan permusuhan antara satu sama lain.

“Andai kata ada mana-mana kelompok kecil yang bawa hasutan kaum ke arah keganasan dan kebencian serta permusuhan antara satu sama lain, saya tidak peduli apakah disenangi oleh media antarabangsa atau negara luar. Tugas kita ialah selamatkan negara Malaysia tercinta ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir menyampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024 sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Jumaat. Foto Long Man

“Kalau tidak cukup segala kuasa dan kekuatan yang ada, kita pinda, tambah peruntukan undang-undang dan kita ambil tindakan supaya negara ini selamat dan ia dapat diangkat sebagai negara hebat di rantau dan di dunia ini,” katanya dalam Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024 di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian di hadapan kira-kira 7,000 tetamu daripada pelbagai agensi termasuk penjawat awam, warga pendidik, majlis perwakilan pelajar, pesara polis dan badan bukan kerajaan.

Majlis anjuran Kementerian Perpaduan Negara selaku kementerian peneraju itu dihadiri oleh Menteri Kabinet, jentera perpaduan seperti Kawasan Rukun Tetangga, ahli Sekretariat Rukun Negara, ahli Kelab Rukun Negara, pertubuhan bukan kerajaan, agensi swasta dan orang awam.

Kira-kira 7,000 hadirin mendengar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan Amanat Perdana sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Jumaat. Foto Facebook Fahmi Fadzil

Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini akan diraikan di Dataran Putrajaya dengan tema ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka.’


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *