Kerajaan Segerakan Pelaksanaan Skim Upah Kepada Penjawat Awam – PM Anwar

Jelas Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, keputusan tersebut dibuat dengan mengambil kira prestasi membanggakan yang ditunjukkan oleh penjawat-penjawat awam. Foto Arkib
PUTRAJAYA, 2 Jan – Kerajaan memutuskan untuk menyegerakan pelaksanaan skim upah yang lebih adil dan munasabah kepada penjawat awam.
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Peluncuran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.
Jelas Anwar yang juga Menteri Kewangan, keputusan tersebut dibuat dengan mengambil kira prestasi membanggakan yang ditunjukkan oleh penjawat-penjawat awam.
Bagaimanapun, Anwar tidak memaklumkan tarikh spesifik penguatkuasaan pelaksanaan skim upah berkenaan.

“Saudara harus percaya kita tidak dapat menyegerakan awal tahun lalu kerana kita warisi kedudukan kewangan yang sangat merumitkan.
“Hutang negara pada masa itu masih RM1.5 trilion dan defisit 5.6 peratus.
“Alhamdulillah dengan kerjasama semua pimpinan. jemaah menteri, ketua-ketua setiausaha, kementerian dan agensi, serta sektor swasta, kita dapatkan kurangkan (defisit) menjadi lima peratus,” katanya dalam ucapan tersebut, di sini.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
