Kerajaan Komited Wujudkan Persekitaran Digital Lebih Selamat – Fahmi

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hadir pada Sambutan Hari Malaysia 2025 bertemakan 'Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni' di Pusat Konvensyen PICCA@Arena pada 16 September 2025. Foto Bernama

BUTTERWORTH, 16 Sep – Kerajaan MADANI komited untuk mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat, inklusif dan dipercayai dalam usaha melindungi kepentingan negara, kestabilan ekonomi serta kesejahteraan rakyat.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata bagi mencapai tujuan itu, kerajaan melaksanakan program kesedaran berskala nasional iaitu Kempen Internet Selamat (KIS) bertujuan memperkukuh kesedaran dalam menghadapi pelbagai cabaran keselamatan digital.

Ia termasuk penipuan dalam talian, perjudian digital, buli siber, kandungan penderaan seksual kanak-kanak serta penyalahgunaan media sosial oleh kanak-kanak di bawah umur 13 tahun.

“Marilah kita memainkan peranan bersama-sama dalam membina ruang digital dan dunia komunikasi yang positif dengan menyebarkan kisah kejayaan, inspirasi dan nilai-nilai murni yang mampu menyatukan bukan memecah-belahkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sambutan Hari Malaysia 2025 bertemakan ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’ di Pusat Konvensyen PICCA@Arena, malam ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan sambutan di sini yang dihadiri lebih 10,000 rakyat pelbagai bangsa yang memenuhi perkarangan pusat konvensyen sejak pagi tadi.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *