Siapa Ganti Razman Jadi Pesuruhjaya Pas Perak?

Pengguguran Razman sebagai Pesuruhjaya Pas Perak sudah dijangka berikutan kes ‘kencing’ mengaitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dengan Kumpulan YTL Corporation Berhad (YTL).
ALOR SETAR, 16 Sep – Pengguguran Razman Zakaria sebagai pesuruhjaya Pas Perak sudah dijangka kerana pelbagai ‘masalah’ melanda dirinya yang dilihat merugikan Pas terutama selepas ‘direhatkan’ sebelum kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning.
Tindakan itu dibuat pimpinan Pas pusat susulan beberapa isu membabitkan ‘kencing’ Razman termasuk kes mengaitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dengan Kumpulan YTL Corporation Berhad (YTL).
Walaupun ‘direhatkan’ ketika itu, nama ADUN Gunung Semanggol itu dianggap sudah ‘gugur’ sebagai ‘bos’ negeri dan tempatnya digantikan seorang lagi veteran Pas, Idris Ahmad.
Ahli parlimen Bagan Serai itu dilantik menggantikan Razman yang ‘bernasib baik’ dilantik ke jawatankuasa kerja pusat sebagai ahli, bagaimanapun kemampuan Idris juga boleh dipersoalkan kerana gagal sebagai menteri agama ketika kerajaan tebuk atap berkuasa selama 33 bulan.

Pengumuman tersebut menyusuli mesyuarat jawatankuasa kerja pusat yang diadakan sejurus muktamar tahunan Pas di sini ditangguhkan.
Presiden Abdul Hadi Awang berkata pelantikan Idris dibuat menurut fasal 53(4) perlembagaan Pas. Pelantikan Razman pula berdasarkan fasal 38(4) dan 38(5), dengan persetujuan jawatankuasa.
Mohd Shukri Ramli, menteri besar Perlis, yang gagal mendapat tempat dalam jawatankuasa kerja pusat dalam pemilihan kali ini, turut dilantik tetapi digugurkan daripada jawatan pesuruhjaya negeri.
Dalam pada itu, Takiyuddin Hassan kekal sebagai setiausaha agung; Muhammad Sanusi Nor sebagai ketua pengarah pilihan raya; Ahmad Fadhli Shaari sebagai ketua penerangan dan Iskandar Abdul Samad sebagai bendahari.

Berikut senarai individu yang dilantik sebagai pesuruhjaya Pas negeri:
- Ahmad Ali (Perlis)
- Ahmad Saad @ Yahaya (Kedah)
- Ahmad Yakob (Kelantan)
- Husain Awang (Terengganu)
- Muhammad Fauzi Yusoff (Pulau Pinang)
- Idris Ahmad (Perak)
- Rosli Abdul Jabar (Pahang)
- Ab Halim Tamuri (Selangor)
- Azhar Yahya (Wilayah Persekutuan)
- Fairuz Isa (Negeri Sembilan)
- Zulkifli Ismail (Melaka)
- Mahfodz Mohamed (Johor)
- Aliakbar Gulasan (Sabah)
- Arifiriazul Paijo (Sarawak)
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
