Kerajaan Bincang Dengan PETRONAS Pastikan Bekalan Mencukupi – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada sesi Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 9, 'Memacu Ekonomi Malaysia: Peranan Sektor Kewangan dan Reformasi Struktur Dalam Mendepani Ketidaktentuan Geopolitik Global' di Sasana Kijang, Kuala Lumpur pada 31 Mac 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan menjalankan rundingan bersama Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan beberapa syarikat minyak lain sebagai langkah memastikan bekalan bahan api negara kekal stabil sehingga ketibaan penghantaran seterusnya.

Perdana Menteri berkata, isu harga bahan api perlu diurus secara teliti dengan berasaskan fakta serta penjelasan yang jelas kepada rakyat.

“Harga bahan api adalah isu penting kepada saya. Kita perlu menanganinya secara berhati-hati dan berpandukan fakta. Sebab itu keputusan berkaitan RON95 dibuat dengan pertimbangan rapi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada sesi Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 9, ‘Memacu Ekonomi Malaysia: Peranan Sektor Kewangan dan Reformasi Struktur Dalam Mendepani Ketidaktentuan Geopolitik Global’ di Sasana Kijang, Kuala Lumpur pada 31 Mac 2026. Foto PMO

“Hasil perbincangan dengan PETRONAS dan syarikat minyak lain, kita mampu mengawal situasi untuk tempoh sekurang-kurangnya sebulan atau lebih. Rakyat tidak seharusnya menjadi pihak yang menanggung beban,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 9 yang menyentuh peranan sektor kewangan serta reformasi struktur dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik global di Sasana Kijang, Bank Negara di sini malam ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada sesi Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 9, ‘Memacu Ekonomi Malaysia: Peranan Sektor Kewangan dan Reformasi Struktur Dalam Mendepani Ketidaktentuan Geopolitik Global’ di Sasana Kijang, Kuala Lumpur pada 31 Mac 2026. Foto PMO

Menurutnya, kerajaan juga telah mengadakan beberapa sesi libat urus dengan pasukan ekonomi dan bersetuju untuk meneruskan langkah bersesuaian bagi melindungi kepentingan rakyat dalam tempoh sederhana dan panjang.

Sebelum ini, kerajaan dilaporkan menyelaras kelayakan subsidi petrol RON95 menerusi Program Budi MADANI RON95 (BUDI95) kepada 200 liter sebulan bermula 1 April, namun harga kekal pada RM1.99 seliter.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada sesi Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 9, ‘Memacu Ekonomi Malaysia: Peranan Sektor Kewangan dan Reformasi Struktur Dalam Mendepani Ketidaktentuan Geopolitik Global’ di Sasana Kijang, Kuala Lumpur pada 31 Mac 2026. Foto PMO

Langkah tersebut diambil susulan ketegangan konflik di Asia Barat yang memberi kesan kepada bekalan serta harga tenaga di peringkat global.

Dalam perkembangan sama, tujuh kapal Malaysia termasuk empat yang membawa minyak mentah yang sebelum ini terkandas di Selat Hormuz telah menerima kebenaran daripada pihak Iran untuk meneruskan perjalanan pulang ke tanah air.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada sesi Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 9, ‘Memacu Ekonomi Malaysia: Peranan Sektor Kewangan dan Reformasi Struktur Dalam Mendepani Ketidaktentuan Geopolitik Global’ di Sasana Kijang, Kuala Lumpur pada 31 Mac 2026. Foto PMO

Namun, kesemua kapal yang membawa 282 anak kapal warga Malaysia itu masih menunggu waktu yang sesuai sebelum meneruskan pelayaran.

Pada masa sama, Anwar menggesa semua pihak agar mengenepikan perbezaan politik dan memberi tumpuan kepada usaha menangani tekanan ekonomi yang dihadapi rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada sesi Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 9, ‘Memacu Ekonomi Malaysia: Peranan Sektor Kewangan dan Reformasi Struktur Dalam Mendepani Ketidaktentuan Geopolitik Global’ di Sasana Kijang, Kuala Lumpur pada 31 Mac 2026. Foto PMO

“Saya bimbang dalam sistem demokrasi, sukar untuk mencapai persetujuan menyeluruh.

“Justeru, saya menyeru semua pihak supaya memberi fokus kepada langkah yang mampu meringankan beban rakyat serta membantu negara berdepan cabaran semasa,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *