Kerajaan Akan Terus Angkat Felda Sebagai Kubu Kuat Jana Ekonomi Melayu – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (empat, kanan) meninjau pelan pembinaan rumah generasi kedua Felda ketika hadir pada Majlis Ramah Mesra Bersama Komuniti Felda dan Ketengah Terengganu di Dewan Serbaguna Felda Seberang Tayor di Kemaman, Terengganu. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KEMAMAN, 29 Nov – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan terus mengangkat martabat Felda sebagai kubu kuat program penjanaan ekonomi dan pendapatan orang Melayu.

Perdana Menteri berkata, ia bukan sahaja tentang perumahan malah soal digital, ilmu dan pendidikan bagi menaikkan lagi mutu Felda.

“Kita (Kerajaan Perpaduan) baru ambil alih kerajaan setahun dan kita telah lakukan sebaiknya (untuk Felda).

“Kita hendak Felda kuat, bila Felda kuat kita hendak kerajaan dan politik yang kuat dan stabil. Bila politik stabil kita boleh tambah peruntukan. Sekarang imej kita (Kerajaan Perpaduan) baik di mata dunia ,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Komuniti Felda dan Ketengah di Dewan Serbaguna Felda Seberang Tayor di sini malam ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (empat, kanan) meninjau pelan pembinaan rumah generasi kedua Felda ketika hadir pada Majlis Ramah Mesra Bersama Komuniti Felda dan Ketengah Terengganu di Dewan Serbaguna Felda Seberang Tayor di Kemaman, Terengganu. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar berkata, beliau juga akan memberikan keutamaan kepada menyelesaikan isu perumahan generasi kedua dan ketiga Felda.

“Ada orang kata, saya umum tak jalan. Saya umum kemiskinan tegar dari 130,000 keluarga, kini tinggal sekitar 11,000 hingga 12,000. Malaysia negara pertama di dunia berjaya menyelesaikan isu kemiskinan tegar.

“Tandas sekolah, 8,360 tandas sekolah yang dibaiki. Kawasan Felda, kampung, Ketengah, anak kita pergi sekolah tandas tak sempurna, saya lihat dari bawah dan kita selesaikan masalah dari bawah,” katanya.

Anwar turut menyantuni rakyat yang berpusu-pusu hadir pada majlis itu dan mendengar sendiri suara mereka menyampaikan isi hati bagi tindakan lanjut kerajaan pusat.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *