Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Naik Had Kuota BUDI95

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelskan berhubung isu salah faham mengaitkan penggunaan kad pengenalan dalam kalangan ahli keluarga menggunakan inisiatif BUDI95, yang turut dikira satu kesalahan.
PUTRAJAYA, 7 Apr – Kementerian Kewangan (MoF) menafikan dakwaan berhubung permohonan awam bagi tambahan subsidi Budi MADANI RON95 (BUDI95) serta menyifatkannya sebagai tidak benar dan tidak berasas.
Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian menjelaskan bahawa kuota 200 liter sebulan kekal berkuat kuasa bagi memastikan subsidi bersasar sampai kepada majoriti rakyat selain mengekalkan kestabilan bekalan.
Penjelasan itu susulan salah faham meluas apabila satu ciri pada portal BUDI95 disalah tafsir sebagai saluran terbuka untuk orang ramai memohon peningkatan kelayakan subsidi.

Menurut kementerian, fungsi ‘permohonan tambahan’ itu sebenarnya direka untuk kes operasi tertentu dengan keperluan jelas dan disahkan, seperti pemandu e-hailing dan pemilik bot.
Berikutan salah tafsir ciri berkenaan sebagai ruang untuk meningkatkan kuota peribadi, kementerian kini telah menyahaktifkan butang permohonan di portal berkenaan.
Kerajaan menegaskan bahawa had semasa adalah langkah sementara yang perlu bagi mengurus peningkatan kos subsidi susulan ketidaktentuan berterusan dalam pasaran tenaga global.

Data rasmi menunjukkan had 200 liter ketika ini mencukupi untuk memenuhi keperluan 90 peratus pengguna BUDI95.
“Pada harga bersubsidi RM1.99 seliter, setiap penerima boleh membeli sehingga RM398 RON95 sebulan, dengan kerajaan menanggung kira-kira RM500 dalam bentuk subsidi,” menurut kenyataan Kementerian Kewangan.
Kementerian turut menegaskan komitmen untuk melindungi kebajikan rakyat di samping memperkukuh penguatkuasaan bagi mengelakkan sebarang ketirisan.
Kerajaan akan terus memantau rapat pasaran tenaga global dan bersedia melakukan pelarasan sewajarnya bagi memastikan pengurusan subsidi yang mampan.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
