Kematian Ivana Trump Bukan Sebab Kemalangan

WASHINGTON, 16 Jul – Bekas isteri Donald Trump, Ivana Trump, meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian perut, menurut ketua forensik di bandar raya New York yang memutuskan bahawa kematiannya adalah disebabkan kemalangan.

Paramedik Manhattan menemui wanita berusia 73 tahun itu di sebuah pangsapuri selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kes serangan jantung, Khamis lalu, sebelum Ivana disahkan meninggal dunia pada tengah hari.

Pejabat forensik tidak memberikan butiran lanjut mengenai perkara yang menyebabkan kecederaan sehingga membawa maut itu, lapor United Press International (UPI) yang dipetik CBS News.


Bagaimanapun, seorang pegawai kanan bandar raya New York memberitahu NBC News, kematian Ivana disyaki akibat terjatuh tangga di pangsapurinya.

Sumber berkata, kematian Ivana tidak dikategorikan sebagai mencurigakan.

Ivana adalah isteri pertama kepada Trump yang juga bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Mereka dikurniakan tiga anak, iaitu Donald Trump Jr, Eric Trump dan Ivanka Trump, sebelum bercerai pada 1992.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *