Kelayakan Piala Dunia 2026: Stadium Suita City Jadi ‘Kubur’ Indonesia

Pemain tengah Jepun Ryoya Morishita meraikan jaringan keempat membenam Indonesia 6-0 pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 di Jakarta pada 10 Jun 2025. Foto AFP

TOKYO, 10 Jun – Gelora Bung Karno menjadi ‘saksi bisu’ kegagalan memalukan Indonesia apabila dibelasah Jepun 0-6 pada aksi Kumpulan C Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan momentum kemenangan ketika menewaskan China 1-0 di ‘gelanggang keramat’ mereka pada Khamis lalu berakhir di tangan Jepun sekali gus memberi kekalahan keempat buat Indonesia daripada 10 perlawanan diharungi.

Pada aksi di Stadium Suita City, Jepun hanya memerlukan 15 minit untuk merobek gawang Indonesia menerusi ledakan Daichi Kamada, sebelum Takefusa Kubo menggandakan jaringan empat minit kemudian.

Kamada sekali lagi menemui sentuhan gol pada penghujung babak pertama untuk Jepun memasuki bilik persalinan dengan kelebihan 3-0.

Bersambung babak kedua, Jepun terus menekan benteng Indonesia dan hasilkan pada minit ke-55 giliran pemain tengah, Ryoya Morishita mencetak nama sebagai penjaring.

Jepun menambah dua gol lagi masing-masing menerusi Shuto Machino pada minit ke-58 dan Mao Hosoya di minit ke-80.

Kemenangan itu meletakkan Jepun selesa menerajui kedudukan teratas Kumpulan C dengan 23 mata.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *