Kelantan Buka Tirai Tuan Rumah Kejohanan Bocce Edisi 2 Peringkat Kebangsaan

Majlis perasmian kejohan Bocce disempurnakan Timbalan Pengarah Sektor Dasar Perancangan dan Perhubungan, Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Keseniaan KPM di Kota Bharu pada 31 Januari 2026. Foto Aku Insan Biasa
KOTA BHARU, 31 Jan – Kejohanan sukan Bocce komuniti sekolah-sekolah peringkat Kebangsaan edisi kali ke 2 membuka tirai temasya bermula hari ini selama dua hari.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sektor Dasar Perancangan dan Perhubungan, Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Keseniaan Kementerian Pendidikan Malaysia, Mohamad Zaidi Ishak.

Sukan Bocce merupakan sukan yang berasal dari Itali dan tergolong dalam keluarga permainan boules. Di Malaysia, sukan Bocce mula diperkenalkan secara lebih tersusun pada akhir 2010-an selaras dengan usaha memperluaskan kepelbagaian sukan dan memberi peluang kepada sukan alternatif untuk berkembang di peringkat kebangsaan.
Menurut Razali ketika ditemui semasa majlis perasmian kejohanan Bocce komuniti sekolah sekolah peringkat kebangsaan edisi 2, pentadbiran dan pengurusan sukan Bocce di Malaysia dikendalikan oleh Malaysia Sport Boules Bocce Federation (MSBBF) sebagai badan induk rasmi.

MSBBF berperanan merancang hala tuju pembangunan sukan ini melalui penggubalan, peraturan, penyelarasan aktiviti, serta pembinaan struktur organisasi yang sistematik.
Dari aspek pembangunan, pelbagai program telah dilaksanakan termasuk latihan dan pensijilan jurulatih serta pengadil, penganjuran kejohanan peringkat kebangsaan dan penglibatan aktif sekolah serta komuniti.

Usaha ini bertujuan membina bakat di peringkat akar umbi dan memastikan kesinambungan pembangunan sukan Bocce secara berterusan. Di peringkat pencapaian dan pengiktirafan, Malaysia telah menganjurkan kejohanan Bocce peringkat Asia-Oceania dan menyertai pertandingan antarabangsa.
Selain itu, pemilihan Bocce sebagai sukan yang dipertandingan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) oleh beberapa negeri, termasuk Kelantan bagi SUKMA 2028, membuktikan bahawa sukan ini semakin diterima dan diiktiraf dalam landskap sukan negara. Antara kategori acara yang dipertandingankan iaitu solo, beregu dan beregu campuran.

Sebanyak lapan buah negeri yang terilibat antaranya SMK Berangan (Kelantan), SMK Simpang (Perak), SMK Rantau PETRONAS (Terengganu) dan SMK Ayer Hangat (Kedah).
Kejohanan melibatkan hampir 100 peserta, pengurus pasukan serta pengadil kejohanan menunjukkan sambutan terhadap kejohanan ini amat menggalakkan.

Ketika ditemui, peserta dari Wilayah Persekutuan Thiveyya Pannir Selvam dari SMK Bukit Jalil berkata, sukan Bocce satu permainan yang menguji minda dan ketajaman fikiran serta permainan yang menyeronokan
Ia turut diakui rakannya Airis Batrisya Ahmad Syukri yang melihat ia berpotensi besar untuk dijadikan sukan berbentuk taktikal minda.

Manakala Shayrizal Azhar Abdul Hamid dari Kolej Vokasional Kedah, mula bermain sukan Bocce hujung tahun 2025, mendapat latihan daripada guru nya dan juga mengikuti permainan Bocce dari YouTube dan media Sosial yang lain
Kejohanan Bocce komuniti sekolah sekolah peringkat kebangsaan edisi Pertama 2025 menjadi milik Selangor yang diwakili dari SMK Taman Seraya.
– Oleh Aku Insan Biasa
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
