KEB 2024: Agenda Kerajaan Rombak, Lonjak Sosioekonomi Bumiputera – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Ekonomi Bumiputera hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) akan menjadi antara agenda penting Kerajaan MADANI bagi merombak serta melonjak pembangunan sosioekonomi Bumiputera secara menyeluruh.

Beliau berkata, usaha itu penting supaya sosioekonomi Bumiputera dapat berkembang maju secara progresif dan inovatif.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian menerusi hantaran di Facebook susulan Mesyuarat Khas Majlis Ekonomi Bumiputera yang dipengerusikannya petang tadi.

Mesyuarat itu membincangkan dengan teliti kerangka perjalanan KEB 2024 yang akan berlangsung minggu ini dari 29 Februari hingga 2 Mac 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

“Selari dengan konsep dasar dan penyertaan yang merentasi dimensi kaum, mesyuarat hari ini turut mendengar pandangan daripada wakil-wakil Dewan Perniagaan Melayu, Cina, India dan juga Bumiputera Sabah dan Sarawak.

“Menjadi harapan kerajaan supaya kongres ini berjaya mengumpul idea-idea bernas dan menjadi titik tolak kepada perencanaan Agenda Baharu Pemerkasaan Bumiputera untuk tempoh 10 tahun akan datang,” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *