KEADILAN Melaka Sokong Nurul Izzah Sebagai Timbalan Presiden KEADILAN

Lima Ketua Cabang KEADILAN Melaka menyatakan sokongan kepada Naib Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar bertanding jawatan Timbalan Presiden KEADILAN bagi sesi 2025-2028. Foto Facebook Nurul Izzah Anwar

MELAKA, 6 Mei – Seramai lima Ketua Cabang KEADILAN Melaka menyatakan sokongan padu kepada Nurul Izzah Anwar sebagai calon Timbalan Presiden parti itu bagi sesi 2025-2028.

Mereka ialah Ketua Cabang KEADILAN Hang Tuah Jaya Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang juga Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Mohd Khuzaire Mohd Kamal Kannan (Alor Gajah), Azlan Osman (Tangga Batu), Jagatheason Ramiah (Jasin) dan Md Yusoff Ahmad (Kota Melaka).

Menerusi kenyataan bersama, mereka memaklumkan pencalonan Nurul Izzah bukan soal personaliti semata-mata atau pertimbangan warisan tetapi soal masa depan KEADILAN sebagai parti politik progresif yang kekal diyakini rakyat, selain beliau bukanlah nama asing dalam gerakan reformasi dan perjuangan parti itu.

Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri yang juga Ketua Cabang KEADILAN Hang Tuah Jaya Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin. Foto Facebook Shamsul Iskandar Mohd Akin

“Sejak awal, beliau sudah menunjukkan keteguhan prinsip, keberanian bersuara serta komitmen tanpa lelah dalam memperjuangkan agenda keadilan sosial, hak asasi manusia dan reformasi institusi.

“Pengalaman beliau sebagai bekas Naib Presiden parti, Ahli Parlimen dua penggal dan aktivis masyarakat sehingga baru-baru ini disenaraikan antara 30 individu berpengaruh dalam ‘Project Syndicate Forward Thinkers List’ tentunya memberikan kekuatan dan kredibiliti untuk memainkan peranan lebih besar dalam kepimpinan parti,” menurut kenyataan itu.

Mereka berkata dalam dunia politik yang dinamik, KEADILAN memerlukan pemimpin yang menjadi jambatan antara generasi pengasas dan generasi baharu serta yang membawa nilai kesederhanaan, berprinsip, progresif dan berwawasan.

Ketua Cabang KEADILAN Tapah, Azam Afandi berkata sebagai pemimpin muda yang berprinsip, berpengalaman dan komited dalam perjuangan reformasi, Nurul Izzah membuktikan keupayaan beliau memperjuangkan keadilan sosial serta membawa agenda perubahan yang jelas untuk rakyat.

“Kami yakin Nurul Izzah mempunyai segala ciri kepimpinan tersebut. Beliau mampu menyuntik nafas baharu dalam KEADILAN, memperkukuh sinergi bersama rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan dan terus membawa obor perjuangan ke arah sebuah negara yang lebih adil, stabil dan inklusif,” menurut kenyataan itu.

Menerusi kenyataan berasingan, KEADILAN Cabang Tapah turut mencadangkan dan menyatakan sokongan penuh agar Nurul Izzah bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti yang dijadual hujung bulan ini.

Ketua Cabang KEADILAN Tapah, Azam Afandi berkata sebagai pemimpin muda yang berprinsip, berpengalaman dan komited dalam perjuangan reformasi, Nurul Izzah membuktikan keupayaan beliau memperjuangkan keadilan sosial serta membawa agenda perubahan yang jelas untuk rakyat.

“Nurul Izzah juga mampu membawa nilai kesederhanaan, ketegasan prinsip dan daya pemikiran progresif untuk menyuntik semangat baharu dalam KEADILAN selain memperkukuhkan lagi sinergi antara parti itu dengan rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan.

Nurul Izzah juga mampu membawa nilai kesederhanaan, ketegasan prinsip dan daya pemikiran progresif untuk menyuntik semangat baharu dalam KEADILAN selain memperkukuhkan lagi sinergi antara parti itu dengan rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan.

“Pencalonan ini bukan soal personaliti apatah lagi faktor warisan tetapi lebih kepada soal masa depan KEADILAN sebagai parti yang terus relevan serta diyakini rakyat,” katanya.

Nurul Izzah sebelum ini mengumumkan bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan KEADILAN bulan ini. Jawatan Timbalan Presiden KEADILAN kini disandang Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *