Ke Mana Tekanan Masyarakat Global Bebaskan Dua Aktivis GSF Dari Kekejaman Zionis?

Dunia tidak boleh berpeluk tubuh melihat dua aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0, Saif Abu Keshek dan Thiago Ávila terus diseksa rejim Zionis Israel hingga nyawa mereka di hujung tanduk.
PENDAPAT, 6 Mei – Masyarakat antarabangsa tidak boleh lagi berdiam diri dan digesa bertindak segera memastikan keselamatan dan pembebasan dua aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0, Saif Abu Keshek dan Thiago Ávila.
Kedua-dua aktivis kemanusiaan ini bakal berdepan risiko tindakan keras oleh rejim Zionis Israel yang terkenal dengan kekejamannya termasuk kemungkinan hukuman berat yang menimbulkan kebimbangan serius terhadap pelanggaran prinsip kemanusiaan sejagat.
Tidak cukup dengan tekanan terhadap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang walaupun amat penting bagi memastikan sebarang tindakan yang diambil mematuhi Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta undang-undang antarabangsa yang menegakkan hak asasi manusia.

Sebarang bentuk intimidasi atau hukuman yang melampaui batas kemanusiaan, termasuk hukuman mati tanpa proses perundangan yang adil, jelas bertentangan dengan prinsip keadilan sejagat dan norma antarabangsa.
GSF 2.0 bukanlah sebuah organisasi penjenayah jauh sekali gerakan ketenteraan, mereka bersolidariti di peringkat global bertujuan membawa bantuan kemanusiaan serta mengingatkan dunia terhadap nasib rakyat Palestin yang terus tertindas di tanah air mereka sendiri.
Seluruh dunia memgecam dan membantah sekeras-kerasnya tindakan ganas terhadap aktivis yang terlibat dalam misi aman ini yang seharusnya ditangani dengan penuh tanggungjawab, bukan melalui pendekatan yang boleh mencetuskan ketegangan dan kecaman antarabangsa.

Majlis Keselamatan PBB (UNSC), pertubuhan hak asasi manusia serta masyarakat antarabangsa di seluruh dunia perlu bersatu suara menekan rejim kejam tidak berperikemanusiaan itu supaya kedua-dua aktivis ini dibebaskan segera.
Tidak hairanlah gesaan Zainal Rashid Ahmad (ZRA) meminta tekanan diplomatik dan saluran perundangan antarabangsa termasuk Malaysia, Turkiye dan Jordan mesti digerakkan sepenuhnya bagi memastikan keselamatan mereka, sekurang-kurangnya tidak dibunuh atau dipenjara malah layak dibebaskan.
Apakah komuniti antarabangsa sanggup memgambil tanggungjawab atas kegagalan bertindak segera bukan sahaja membahayakan nyawa individu terlibat, malah mencabar kredibiliti sistem antarabangsa dalam mempertahankan hak asasi manusia?

Apakah dunia boleh terus berdiam diri dibiarkan diratah rejim Zionis Israel dengan kebisuan nyata hingga dua aktivis tidak bersalah ini menjadi mangsa kerakusan mereka?
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
