KDN Muktamadkan Perolehan Helikopter RM600 Juta Untuk Maritim Malaysia

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada sesi perbincangan dengan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan beberapa pihak lain yang diadakan di KDN Putrajaya hari ini. Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail

PUTRAJAYA, 29 Apr – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah memuktamadkan proses perolehan empat helikopter bernilai RM600 juta untuk kegunaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata proses lanjut membabitkan perolehan itu sudah diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk membuat keputusan akhir.

”Perolehan aset itu adalah helikopter, empat unit membabitkan kos (berjumlah) RM600 juta, maknanya pada peringkat perolehan, KDN sudah memuktamadkannya dan prosesnya kita serahkan kepada Kementerian Kewangan untuk (membuat) keputusan akhir.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada sesi perbincangan dengan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan beberapa pihak lain yang diadakan di KDN Putrajaya hari ini. Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail

“Jadi itu semua sudah kita lakukan, berikutnya kita akan buat lawatan ke premis syarikat yang berjaya (peroleh tender) untuk kita bincangkan elemen keperluan pengguna, spesifikasi dan sebagainya,” katanya selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Warga Maritim Malaysia di sini, hari ini.

Terdahulu pagi tadi, beliau mengadakan perbincangan bersama-sama Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Pejabat Peguam Negara (AGC), PDRM dan bahagian Keselamatan KDN.

Perbincangan bersama wakil-wakil agensi itu terarah kepada isu yang melibatkan 3R (agama, kaum dan Raja) dari aspek perundangan dan penguatkuasaan.

“Sekali lagi saya ingatkan kepada semua, jangan sesekali cuba memainkan isu 3R dalam negara ini. Tindakan tegas akan diambil tanpa mengira latar belakang politik, kaum dan sebagainya,” tegasnya menerusi hantaran di Facebook.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *