Kampung Baru: PM Anwar Sambut Baik Titah Sultan Selangor

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pandangan Sultan Selangor adalah sehaluan dengan pendirian Kerajaan MADANI yang mementingkan pemeliharaan warisan sejarah serta merancang pembangunan dengan adil dan seimbang. Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 18 Sep – Titah Sultan Selangor berhubung latar sejarah, masa depan dan hala tuju pembangunan Kampung Baru, menerima sokongan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Perdana Menteri yang berkongsi hantaran di Facebook berkata, pandangan baginda adalah sehaluan dengan pendirian Kerajaan MADANI yang mementingkan pemeliharaan warisan sejarah serta merancang pembangunan dengan adil dan seimbang.
“Saya menyambut baik kenyataan DYMM Sultan Selangor berhubung latar sejarah, masa depan dan hala tuju kawasan Kampung Baru.
“Pandangan ini selari dengan pendirian Kerajaan MADANI yang teguh menekankan keperluan menghargai warisan sejarah serta merangka pembangunan yang adil dan seimbang,” katanya.
Perdana Menteri memaklumkan, kerajaan sentiasa berpegang pada prinsip bahawa setiap keputusan perlu berpaksikan kesejahteraan rakyat serta kelangsungan identiti masyarakat.
Anwar yang juga Pengerusi Majlis Perumahan Mampu Milik Negara menegaskan komitmen untuk memastikan setiap pembangunan memberi manfaat sebenar kepada rakyat tanpa menjejaskan maruah, hak serta sejarah yang menjadi kepentingan nasional.
“Saya tetap beriltizam memastikan pembangunan benar-benar membawa manfaat kepada rakyat tanpa mengorbankan maruah, hak dan sejarah yang merupakan kepentingan nasional,” katanya.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
