’Kami Tak Akan Kosongkan Kerusi Sehingga Mahkamah Putuskan’ – Syed Abu Hussin

Enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan mengosongkan kerusi masing-masing. Foto Arkib

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Enam Ahli Parlimen BERSATU bertegas untuk tidak mengosongkan mana-mana kerusi sehingga mahkamah memutuskan untuk berbuat demikian.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, tindakan BERSATU meluluskan pindaan untuk melucutkan serta-merta keahlian wakil rakyatnya yang menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak bertentangan dengan arahan atau pendirian parti adalah satu perkara yang sia-sia

Katanya, mengapa parti mahu membuat undang-undang berkenaan sedangkan Ahli Parlimen yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dibuat demi masa depan kawasan dan pengundi mereka.

“Kalau Ahli Parlimen tidak berpuas hati (dengan parti), maka mereka boleh menyokong mana-mana (kerajaan) demi masa depan dan kawasan masing-masing.

“Kalau Perikatan Nasional (PN) dan BERSATU tidak mahu berunding dengan kerajaan untuk dapatkan kemudahan bantu rakyat serta memberi sokongan untuk stabilkan politik, bagi saya ia satu kerja yang sia-sia untuk bendung seseorang Ahli Parlimen sebagai seorang pemimpin.

Enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan mengosongkan kerusi masing-masing. Foto Arkib

“Di pihak saya dan rakan-rakan, perkara ini sudah pun berlaku…. tetapi kami tetap akan beri sokongan kepada Perdana Menteri (PM) dan yakin bahawa PM ada dasar jelas dan usaha nak bantu rakyat khususnya mengenai kos sara hidup supaya rakyat mendapat barang keperluan dengan harga yang murah.

“Bagi kami, akan tetap bertegas dan tidak akan kosongkan mana-mana kerusi sehingga (mahkamah) memutuskan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Selain Syed Abu Hussin, Ahli Parlimen lain ialah Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *