Jepun Keluar Amaran Tsunami Susulan Gempa Menggegar Rusia

Pusat gempa bumi di kawasan luar pantai Kamchatka, Rusia yang dicerap pada magnitud 6.4 awal pagi 30 Julai 2025. Foto USGS
TOKYO, 30 Jul – Agensi cuaca Jepun pada Rabu mengeluarkan amaran tsunami sehingga satu meter di pantai Pasifiknya selepas gempa bumi bermagnitud 8.0 melanda Semenanjung Kamchatka di timur jauh Rusia.
“Nasihat tsunami dikeluarkan setakat 8.37 pagi pada 30 Julai,” kata Agensi Meteorologi Jepun pada X, memberi amaran bahawa “tsunami akan menyerang berulang kali. Jangan masuk ke laut atau mendekati pesisir pantai”.
Terdahulu, gempa bumi kuat bermagnitud 8.0 melanda pantai di timur jauh Rusia pada Selasa, kata Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), mencetuskan nasihat tsunami Lautan Pasifik.

Pusat gempa adalah kira-kira 136 kilometer (km) timur Petropavlovsk di Semenanjung Kamchatka negara itu, pada kedalaman 19 km, menurut USGS.
Agensi AS itu turut mengeluarkan nasihat tsunami untuk kawasan termasuk Alaska.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
