Jepun Kecam Provokasi Terbaharu Korea Utara

TOKYO, 24 Okt – Jurucakap tertinggi kerajaan Jepun mengecam Korea Utara, susulan pengumuman Korea Selatan sebuah kapal Korea Utara melintasi sempadan maritim di antara dua negara itu.
Ketua Setiausaha Kabinet, Matsuno Hirokazu, berkata hari ini siri provokasi Korea Utara itu tidak boleh dibiarkan.
Matsuno berkata, pelancaran peluru berpandu balistik berulang kali oleh Korea Utara dan tindakan lain menimbulkan ancaman kepada keamanan dan keselamatan Jepun, rantau ini dan masyarakat antarabangsa.

Dalam laporan oleh NHK World, katanya, beliau akan mengelak untuk mengulas setiap langkah ketenteraan Utara kerana perkara itu.
Matsuno berkata, Jepun akan terus menyelaras dengan Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan secara rapat, dan melakukan yang terbaik untuk mengumpul dan menganalisis maklumat yang diperlukan.
Beliau berkata, Jepun juga akan meningkatkan pengawasan. – AGENSI
