Jenazah Presiden Iran Ebrahim Raisi Disemadikan Di Mashhad

Keranda membawa jenazah Ebrahim Raisi diiringi ribuan penyokong semasa diarak sebelum tiba dan dikebumikan di Kubah Emas Imam Reza, Mashhad, Iran. Foto AFP

TEHRAN, 24 Mei – Jenazah Presiden Iran, Ebrahim Raisi disemadikan di bandar suci Mashhad pada Khamis dengan ribuan rakyat memenuhi jalanan untuk mengiri perjalanan akhir Allahyarham.

Majlis pengebumian Ebrahim diadakan empat hari selepas beliau meninggal dunia dalam nahas helikopter.

Allahyarham Ebrahim, 63, dilihat calon paling tepat untuk menggantikan pemimpin tertinggi Iran, Ali Khamenei yang berusia 85 tahun.

Jenazah Allahyarham Ebrahim Raisi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tehran dari Tabriz pada Selasa dan pemimpin dunia hadir memberi penghormatan kepada pemimpin paling lantang menentang Israel dan Benjamin Netanyahu. Foto IRNA

Manakala, pengganti Ebrahim, Mohammad Mokhber, yang pernah menjadi Naib Presiden pertama akan berkhidmat sebagai Presiden sementara sehingga pilihan raya umum negara itu yang akan diadakan pada 28 Jun depan.

Pengebumian jenazah Allahyarham Ebrahim turut dihadiri oleh pegawai kerajaan dan tentera Iran, serta tokoh agama.

Bunga dilemparkan ke kerandanya ketika ia bergerak perlahan menaiki trak melalui kerumunan orang ramai untuk dikebumikan di Kubah Emas Imam Reza, tapak suci Islam Iran dan dihormati sebagai tempat Imam Ali Al-Reza abad ke-9 disemadikan.

Ebrahim berasal dari Mashhad, iaitu 900 kilometer dari timur Tehran.

Keranda membawa jenazah Ebrahim Raisi diiringi ribuan penyokong semasa diarak sebelum tiba dan dikebumikan di Kubah Emas Imam Reza, Mashhad, Iran. Foto AFP

Allahyarham Ebrahim maut dalam insiden helikopter terhempas yang turut menyebabkan lapan penumpang dan anak kapal terbunuh termasuk Menteri Luar, Hossein Amirabdollahian pada Ahad lalu.

Helikopter berkenaan terhempas di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Azerbaijan.

Iran mengisytiharkan lima hari berkabung untuk Ebrahim.

Hossein pula dikebumikan di selatan Tehran di makam di bandar Rey Shah Abdolazim, di mana ahli politik dan tokoh terkenal Iran dikebumikan.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *