Jawapan Spontan PM Anwar Isu 40 Peratus Terima Komen Positif

Penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada seorang pengunjung di Pasar Pagi Gaya Street mencetuskan reaksi positif warganet pada 9 November 2025.

KOTA KINABALU, 9 Nov – Penjelasan secara spontan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tanggungjawab kewangan Kerajaan Persekutuan ketika ditanya mengenai isu 40 peratus hak Sabah oleh seorang pengunjung Tamu Jalan Gaya, di sini, hari ini, mendapat komen positif warganet.

Perdana Menteri yang melakukan lawatan ke pasar mingguan di ibu negeri Sabah itu pagi tadi menjelaskan bahawa kutipan hasil di Sabah hanya RM10 bilion, namun jumlah kewangan diperuntukkan kepada negeri ini mencecah RM17 bilion.

Berdasarkan video tular, pengunjung terbabit pada awalnya bertanya bila Kerajaan Persekutuan menunaikan bayaran 40 peratus hasil yang dituntut Sabah ketika Perdana Menteri selesai bersalaman dengan beberapa pengunjung.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan sesi ramah mesra atau walkabout serta bersarapan bersama komuniti setempat di Pasar Gaya Street, Jalan Gaya, Kota Kinabalu pada 9 November 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Perdana Menteri kemudian memberi penjelasan mengenai perkara itu dan meminta supaya tidak mendengar kempen orang lain.

“Jangan dengar kempen orang, dengar saya, saya PM… berapa hasil kita kutip dari Sabah? Saya beritahu, RM10 bilion. Berapa kita bagi kepada Sabah? RM17 bilion,” katanya seperti dipetik dalam video itu.

Isu tuntutan 40 peratus dijangka dijadikan bahan kempen utama Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah terutama jika Jabatan Peguam Negara (AGC) merayu keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini yang antara lain memutuskan hak 40 peratus itu perlu dibayar kepada Sabah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan sesi ramah mesra atau walkabout serta bersarapan bersama komuniti setempat di Pasar Gaya Street, Jalan Gaya, Kota Kinabalu pada 9 November 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Selesai melawat Tamu Jalan Gaya, Anwar cuba ditanya pemberita mengenai isu itu dan isu lain yang berkaitan, namun beliau terus bergegas ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) untuk menghadiri Program Rancakkan MADANI Sabah.

Jawapan spontan Anwar itu rata-rata mendapat pujian warganet yang melihat ketelusan beliau menjawab pertanyaan biarpun datang daripada rakyat biasa yang inginkan penjelasan terus daripada beliau selaku Menteri Kewangan.

“Sendiri pn tk (pun tak) tahu sabah bayar bape kt federal (berapa pada persekutuan) dan sabah terima bape dari federal. Tup tup mintak 40% 😂,” sindir Amin Nazmin mempertahankan Perdana Menteri.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan sesi ramah mesra atau walkabout serta bersarapan bersama komuniti setempat di Pasar Gaya Street, Jalan Gaya, Kota Kinabalu pada 9 November 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Manakala AL Wafaa Melaka pula berbicara “Kau tanye PM yg tau fakta persekutuan, yg selama ni berjuang utk MA63…PM terangkan, kau seolah2 mcm tahu semua…nak tanye bole,bila org tanyekan angka,kau tak bole jawab… Ban*ng!,” katanya.

Syafiq Zulkifli pula dengan nada tertawa berkata, “Hahahaha amek point (ambil pandangan) dari walaun (pentaksub Pas) tapi xbuat homework (kajian) kau nak hembus PMX. Silap orang bah kau…🤣,” tulisnya.

“Konon niat nak malukn (malukan) PMX. Sekali PMX jwb dgn fakta. Merah muka. Hahaha,” tawa Arizad Ezad.

Rata-rata warganet memuji penjelasan spontan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pertanyaan pengunjung berkenaan isu 40 peratus hasil kepada Sabah pada 9 November 2025.

“Mcm ni baru gentleman. Kalo puak2 nu jd kerajaan mmg x leoas (lepas) nk jawab sbb masing2 sibuk dgn diri sendiri jerk..Kudus PMX,” ujar Rafi Yacob.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *