‘Jangan Ganggu Sumud Flotilla’ – PM Anwar

Pasukan Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotilla berada di Tunis, Tunisia sejak 1 September lalu menunggu pengesahan meneruskan perjalanan ke Gaza bersama puluhan kapal lain dari Barcelona, Catania dan Greece. Foto Sumud Nusantara Official

KUALA LUMPUR, 15 Sep – “Mesej kita jelas, hentikan kezaliman, permudahkan kemasukan bantuan dan jangan ganggu Sumud Flotilla”.

Itu penegasan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya pasukan global membawa misi kemanusiaan ke Gaza tidak diganggu rejim Zionis Israel.

Tambahnya, Malaysia mengulangi pendirian teguhnya bersama masyarakat antarabangsa dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin yang terus berdepan kekejaman rejim Zionis Israel.

Pasukan Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotilla berada di Tunis, Tunisia sejak 1 September lalu menunggu pengesahan meneruskan perjalanan ke Gaza bersama puluhan kapal lain dari Barcelona, Catania dan Greece. Foto Sumud Nusantara Official

“Malaysia berdiri utuh bersama rakyat Palestin dalam menghadapi tindakan biadab Israel yang kini bukan sahaja menyasarkan bumi Palestin, malah menjalar ke negara-negara Arab dan kawasan sekitarnya.

“Mesej kita jelas, hentikan kezaliman, permudahkan kemasukan bantuan dan jangan ganggu Sumud Flotilla,” tegas beliau.

Global Sumud Flotilla (GSF) merupakan misi solidariti antarabangsa yang menghimpunkan aktivis kemanusiaan, pertubuhan bukan kerajaan, ahli politik serta masyarakat sivil dari pelbagai negara.

https://www.instagram.com/reel/DOndjrhE7EY/?igsh=Ym52c21xOXI2OWky

Matlamat utama flotilla ini adalah membawa bekalan makanan, ubat-ubatan dan bantuan asas lain untuk penduduk Palestin, khususnya di Gaza, yang berdepan sekatan ketat rejim Israel sejak lebih satu dekad lalu.

Melalui penyertaan Malaysia dan sokongan pemimpinnya, Global Sumud Flotilla dilihat sebagai simbol kesatuan global dalam menentang kezaliman serta menyeru dunia agar memberi perhatian segera terhadap penderitaan rakyat Palestin.

Malaysia sebelum ini konsisten mengangkat isu Palestin di peringkat antarabangsa termasuk melalui platform ASEAN, Pertubuhan Kerjasama Islam serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, selain terus menyalurkan sokongan diplomatik, kemanusiaan dan moral kepada rakyat Palestin.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *